Saya ada menerima surat bayaran royalti dari pihak tuan, dan bayaran itu akan dikereditkan ke akaun giro saya tetapi suka saya maklumkan bahawa saya memohon pihak tuan supaya memasukkan bayaran royalti itu kepada akaun Bank Islam saya iaitu no. akaun : 08-031-02-030675-9 (ROSLEE BIN ABDUL WAHAB, 681204-08-5787).Untuk makluman tuan, akaun Giro sebelum ini tidak aktif. Dan sya juga nak maklumkan pertukaran alamat kerana saya telah berpindah iaitu di : 62, Persiaran Chandan 6, Tmn Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Harap dapat tindaka dari pihak tuan. sekian terima kasih, ROSLEE ABDUL WAHAB 019-5101096 Utk rujukan tuan : DBP/6-6/SULIT/31-8943(32) | Kami telah menyemak rekod bayaran bagi buku tuan. Untuk makluman tuan, bayaran bagi buku tersebut telah dibuat menggunakan cek dan bukannya akaun GIRO. (Hal ini telah dimaklumkan kepada tuan melalui telefon oleh pegawai kami sebelum ini). Cek telah dipos kepada tuan pada 9/6/2009 ke alamat Sek. Men. Teknik Changkat Jong. Berkenaan pertukaran alamat pula, kami mengambil maklum akan hal tersebut. Segala urusan selepas ini akan menggunakan alamat tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 05.06.2009 |
Saya ingin dapatkan surat pengesahan daripada pihak dewan bahasa. Sekian . Terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan (untuk pelanggan baharu), setelah mendapat kata laluan klik "Daftar Iklan". | Lain-lain | 21.11.2017 |
Saya ingin mendapatkan surat pengesahan dari pihak dewan bahasa. Sekian. Terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan (untuk pelanggan baharu), setelah mendapat kata laluan klik "Daftar Iklan". Sila pilih jenis iklan "papan premis kedai" dan buat bayaran sebanyak RM10. | Lain-lain | 21.11.2017 |
ASSALAMUALAIKUM, SAYA DIARAHKAN UNTUK MENDAPATKAN SURAT ULASAN DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI PERMOHONAN NAMA TAMAN DARI MAJLIS TEMPATAN, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG. SAYA INGIN MENGETAHUI LANGKAH DAN PROSEDUR PERMOHONAN. TERIMA KASIH. PERHATIAN DARI PIHAK TUAN AMAT KAMI HARGAI. | Assalamualaikum, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa dalam talian perlu dibuat melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, sila daftar akaun terlebih dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan Pendaftaran pada laman web dbpsahbahasa.my. 2. Selepas mendapat ID pengguna dan kata laluan, sila log masuk dan klik Daftar Permohonan dan Daftar Penamaan. Kemudian, lengkapkan maklumat (rujuk Panduan Pelanggan). Tiada bayaran dikenakan untuk Daftar Penamaan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 28.05.2020 |