Apakah perbezaan antara surat peringatan dan surat amaran? Perlukan perkataan "Tuan,Puan Tuan/Puan dan Syarikat" ditaip dengan huruf besar dipangkal perkataan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Peringatan ialah hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan. Manakala amaran membawa maksud perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras). Di sini dapat dilihat perbezaan antara surat peringatan dengan surat amaran. Di pangkal perkataan wajib ditulis dengan huruf besar bagi permulaan ayat. manakala di tempat lain hanya huruf kecil. Syarikat pula kalau ditulis bersama nama syarikat perlu huruf besar tetapi huruf kecil jika syarikat sahaja. | Ejaan | 04.08.2012 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk maksud "Service of Notice". Notis ini merujuk kepada surat berperingkat yang dikeluarkan oleh jabatan. Ia terdiri daripada Surat Amaran, Surat Peringatan, Surat Panggil, "Sub-poena" dans ebagainya. Terma "Service of of Notice" diperlukan dalam Bahasa Melayu kerana pihak kami sedang membuat dokumentasi carta proses kerja dalam Bahasa Melayu. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk Service of Notice. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan dat kami terdapat istilah service of default notice (bidang Undang-Undang) yang padanan bahasa Melayunya ialah penyampaian notis kemungkiran. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk service of notice ialah penyampaian notis. | Istilah | 27.06.2011 |
Apakah perbezaan perkataan 'perisikan' dan 'risikan' dan penggunaan kedua-dua perkataan ini? Bagi contoh-contoh ayat di bawah, perkataan mana yang betul? (1) Usaha ini dilakukan melalui aktiviti risikan atau perisikan .... (2) Tindakan lain seperti pemeriksaan, pengeluaran surat amaran, risikan atau perisikan lanjut ... (3) Pegawai risikan atau perisikan (4) Aktiviti seperti pengesahan maklumat, pemprofilan dan risikan atau perisikan lanjut juga perlu dilakukan... | Apakah perbezaan perkataan 'perisikan' dan 'risikan' dan penggunaan kedua-dua perkataan ini? Perisikan ialah perihal kegiatan dan sebagainya, manakala risikan ialah usaha menyiasat dan menyelidik secara rahsia atau dengan cara semÂbunyi-sembunyi. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: (1) Usaha ini dilakukan melalui aktiviti risikan. (2) Tindakan lain seperti pemeriksaan, pengeluaran surat amaran dan perisikan lanjut... (3) Pegawai perisik (4) Aktiviti seperti pengesahan maklumat, pemprofilan dan perisikan lanjut juga perlu dilakukan... | Tatabahasa | 08.04.2022 |