surat menyurat atau surat-menyurat? | Tuan, Istilaj yang betul ialah surat-menyurat. | Tatabahasa | 26.09.2011 |
Correspondence File : Fail Surat Menyurat? | Betul. Padanan bahasa Melayu bagi correspondence file ialah fail surat-menyurat. | Istilah | 08.04.2009 |
Tuan, sekarang didapati kebanyakan surat menyurat telah tidak lagi menggunakan tanda koma (,) dan noktah (.) di dalam alamat surat menyurat. Contohnya: Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu Aras 6 Wisma Persekutuan Jalan Bayam 16100 Kota Bharu Apa yang saya belajar dahulu, apabila di setiap hujung lamat yang kita taip mesti dimasukkan tanda koma dan noktah. Apakah pendirian DBP sekarang? mana yang betul dan mana yang sebaliknya? Terima kasih. | Dari aspek bahasa penggunaan tanda koma dan noktah dalam alamat surat dikekalkan. Walau bagaimanpun Pos Malaysia tidak menggunakan tanda tersebut kerana alamat surat-menyurat ditulis dalam baris-baris berbeza. Cadangan kami, jika tuan mengekalkan tanda tersebut, penggunaannya harus lengkap (ada koma dan noktah) dan tekal pada semua alamat. | Lain-lain | 22.04.2012 |
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga. | Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi. | Lain-lain | 11.05.2007 |
Adalah perkataan "dimohon" sesuai digunakan dalam surat menyurat rasmi Kerajaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin; manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
1. Standard penulisan tarikh dalam BM/surat menyurat : Cth : 23 Jun atau 23hb Jun?? 2. Untuk menulis sesuatu tajuk, ejaan perkataan spt cth : dalam, dan, serta, bagi, untuk, atau - perlu atau tidak awalan huruf besar cth : Mesyuarat Pembangunan Modul Projek Sarjana dan Pemurniaan Manual Kerja Projek Sarjana serta Penilaian Proposal Projek sarjana bagi Semester 1 09/10 3. Ejaan Maklum balas/Maklumbalas 4. ayat betul : makan di atas meja atau makan di meja? Terima kasih. | Cara penulisan tarikh ialah 23 Jun 2009, tetapi penulisan yang baku ialah 23hb. Jun 2009. Cara yang kedua ini lebih kepada dokumen undang-undang. Ejaan kata bantu dalam frasa ditulis huruf kecil seperti dan, dalam,dan sebangainya. Ejaan yang betul ialah maklum balas. Ayat yang gramatis ialah makan di meja. | Lain-lain | 15.06.2009 |
Perkataan yang mana lebih sesuai digunakan dalam surat menyurat? Sama ada sesalinan atau 1 salinan? | Puan Norkemala, Adalah lebih baik ditulis satu salinan | Makna | 01.12.2010 |
Penggunaan "salutation" YBhg,, Yg Berhormat dan sebagainya didalam surat menyurat atau ucapan adalah diwajibkan. Bagaimana pula didalam aturcara program (brochure)? Terutamanya apabila senarai nama didalam program semuanya adalah VVIP (menteri, ahli korporat - Tan Sri, Dato, dll). Adakah wajib meletakkan "salutation" di setiap senarai nama individu? | Dalam penulisan rasmi, bagi menunjukkan kesantunan berbahasa, kata sapaan wajib dimasukkan dengan gelaran kehormat individu. Untuk rujukan berkaitan kata sapaan, sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP). | Tatabahasa | 12.11.2013 |
Adakah terdapat istilah Yang Hormat atau YH dalam surat menyurat? contohnya YH Dato', YH Datin dan sebagainya | Istilah YH tiada dalam kata sapaan. Kata sapaan yang betul ialah Yang Berhormat. Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
penggunaan perkataan yang mana adalah benar dalam sistem surat menyurat. Aturcara atau Atur Cara?? | Ejaan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 01.04.2013 |