Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suratkhabar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bapa sedang membaca suratkhabar. Perkataan "suratkhabar" dieja surat khabar atau suratkhabar?

Sdr. ejaan yang betul ialah surat khabar. Untuk makluman sdr. juga, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, ejaan, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain18.05.2010
suratkhabar rapat atau jarak. dibunuh atau di bunuhEjaan yang betul ialah surat khabar dan dibunuh.Ejaan10.08.2007
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur.Berikut ayat yang betul:

1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan.

(2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar.

(3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman.

(4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman.

(5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman.
 
(6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun.

(7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun.

(8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya.

(9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.

Tatabahasa14.07.2014
bagaimanakah,saya boleh mendapatkan majalah lama serta suratkhabar pada tahun 1984-1992 ?..Pusat Dokumentasi Melayu menyimpan majalah lama terbitan DBP dan keratan akhbar yang berkaitan. Jika tuan ingin membuat rujukan, sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi  Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun.Lain-lain17.12.2015
Mohon pandangan berkenaan penggunaan ayat berikut dalam iklan suratkhabar: 1. Susah sangatke nak pilih... Di IOC mudah. 2. Susah sangatkah hendak memilih? Di IOC mudah. 3. Susah sangatkah membuat pilihan? Di IOC mudah...Cadangan kami ialah "Sukar membuat pilihan? Semuanya mudah di OIC". Tatabahasa16.01.2017
Saya daripada sebuah syarikat pengiklanan. Saya ingin bertanya sama ada kita boleh memaparkan iklan bercetak di suratkhabar menggunakan bahasa lama/klasik daripada tahun 1940an kerana ingin mengikut kempen yang dilaksanakan oleh sebuah jenama minuman. Soalannya bolehkah perkataan lama itu digunakan bertujuan kempen jenama itu? Terima kasih.Bahasa klasik atau lama boleh digunakan sekiranya perkataan tersebut terkandung di dalam Kamus Dewan.  Untuk makluman, ada sesetangah perkataan masih diterima dan saudara perlu peka terhadap ejaan lama yang tidak diterima dalam Kamus Dewan.Lain-lain29.03.2013
Salam sejahtera, soalan saya seperti berikut: 1. negara Malaysia atau Negara Malaysia ? 2. surat khabar atau suratkhabar ? 3. Majlis disempurnakan oleh sultan. atau Sultan ? 4.Buku itu dibaca oleh saya. Buku itu saya baca . mana saya betul ? 5. Buku itu dibaca oleh dia. Buku itu dia baca. Yang mana satu betul ? Sekian, terima kasih.

Ejaan yang betul ialah:

1. negara Malaysia 

2. surat khabar

3. Majlis disempurnakan oleh sultan.

4. Buku itu saya baca. 

5. Buku itu dibaca oleh dia.

Ejaan09.04.2011
nama lain yang lebih baik untuk majalah atau surat khabar untuk diletakkan sebagai nama kepada majalah/suratkhabarjurnal, risalah, warta, harian, berita. Sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Lain-lain26.03.2008
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) yang mana vs di mana 2) jaringan vs penjaringan 3) akhbar vs suratkhabar

1. Perkataan yang mana dan di mana tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.Kata 'di mana' hanya sesuai digunakan sebagai kata tanya, contoh : Di mana awak tinggal?
Frasa "yang mana" pula tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan where dalam bahasa Inggeris.

2. Dalam data kami jaringan bermaksud sesuatu yang menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yang terdiri daripada sel-sel yang serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yang telah masuk (dlm) jaring; Jaringan bagi maksud ini  merupakan padanan bagi shooting dalam bahasa Inggeris. Manakala jaringan yang kedua merupakan padanan juga bagi perkataan networking yang membawa maksud jajaran atau hubungan dalam sesuatu. Manakala penjaringan pula ialah perbuatan (hal dsb) menjaring atau menjaringkan.

 

3. Perkataan surat khabar bermaksud naskhah (lembar­an kertas) yang mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, manakala akhbar (Arab) (jamak bagi khabar) berita, warta; .


Penyemakan dan penterjemahan07.09.2016
Salam, Saya ingin bertanya, apakah kata terjemahan yang sesuai untuk "compact car"? "Kereta kompak" atau "kereta padat"? Saya lihat banyak media seperti suratkhabar dan laman blog yang menggunakan istilah kereta kompak. Terima kasih,Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "compact car" ialah kereta kompak. Istilah03.01.2017
12

Kembali ke atas