| "Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak." adakah ayat ini betul? Setahu saya, kata pemeri "adalah" hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam ayat ini, perkataan "dengan" berfungsi sebagai kata apa? Harap tuan dapat membantu meleraikan kemusykilan ini. Sekian terima kasih. | Ayat yang diberi kurang tepat. Ayat yang betul ialah Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu termasuklah menjadi suri teladan kepada anak-anak. | Tatabahasa | 03.08.2025 |
| Mohon dapatkan maklum balas senarai istilah bahasa Melayu yg boleh digunakan untuk menggantikan istilah bahasa Inggeris yg biasa digunakan oleh pengguna. Contoh: Rose model boleh diganti dengan suri teladan. Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga saya kemukakan permintaan. Masih menanti maklum balas drpd DBP. Harap dapat dipermudahkan urusan ini. Terima kasih. | Jawapan dan penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak puan pada 2 Mac 2026. | Istilah | 27.02.2026 |
| Dewan Bahasa dan Pustaka sudah perkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu guna selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Swafoto - gambar kendiri Berswafoto - mengambil gambar kendiri Menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita. Suri Teladan – Role Model Jerayawara – Road Show Latar Pentas – Back Drop Gegantung – Bunting Imej Tumpu – Highlight Parkir – Parking Pascanilai – Postmortem Swafoto - Selfie ---adakah ini hebahan yang benar? | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan oleh DBP adalah seperti yang berikut: Selfie - Swafoto Role Model – Suri Teladan Road Show - Jerayawara Back Drop - Latar Pentas Bunting - Gegantung Highlight - Imej Tumpu Parking - Tempat Letak Kereta Postmortem - Pascanilai | Istilah | 05.12.2016 |
| 1. Adakah perkataan bahasa Inggeris 'input' dan 'output' boleh digunakan dalam bahasa Melayu secara langsung tanpa diterjemahkan. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk menggantikan kedua-dua perkataan ini. 2. Apakah terjemahan untuk perkataan 'role model' dalam bahasa Melayu? Terima Kasih | Puan Makheran, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. input dan output boleh digunakan dalam bentuk istilah, manakala dalam bahasa Melayu ia boleh diterjemahkan kepada sumber yang diperlukan bagi input manakala output diterjemahkan sebagai hasil pengeluaran. Manakala role model pula boleh diterjemahkan kepada suri teladan. Terima kasih. | Istilah | 29.06.2009 |
| Salam. Saya mohon untuk membuat rujukan IKRAR yang telah disediakan untuk pusat latihan taekwondo yang disediakan saya(Rujuk kepada lampiran) untuk makluman versi pertama disediakan dahulu dan kemudian versi kedua adalah pembetulan daripada versi pertama. dicadangankan untuk menggunakan versi kedua dan mohon untuk semakaan dan rujukan pengunaan bahasa yang betul | Saya berikrar akan: · Menjunjung tinggi prinsip tae kwan do dan menghormati jurulatih, guru serta senior; · Mengamalkan disiplin, integriti dan kecemerlangan dalam setiap tindakan; · Menggunakan kemahiran dengan penuh kehormatan, rendah diri dan bertanggungjawab; · Menjadi suri teladan kepada masyarakat; dan · Sentiasa memelihara kehormatan, reputasi dan nama baik SAGAMACTS Excellence Centre. | Tatabahasa | 01.07.2026 |