guru bm saya bagi tugasan suruh cari kesilapan penggunaan tatabahasa di laman web. lepas tu buat sebab n cadangan mengatasi kesilapan tersebut. bagaimanakah menulis cadangan mengatasi untuk kesilapan tatabahasa? kena dengan sumber rujukan dari sumber ilmiah sekali..contohnya kesalahn penggunaan kata pemeri dan kata sendi? | Saudara boleh merujuk laman web DBP dan cari maksud kata pemeri, iaitu ialah dan adalah dan tentukan penggunaan yang betul dan salah bagi ialah dan adalah, contohnya: Ahmad adalah guru atau Ahmad ialah guru. Kata sendi pula ialah kata yang menghubungkan dua kata atau ayat, iaitu "di", "ke", "dari", "daripada" dan sebagainya. Contoh kesalahan penggunaanya ialah Ali memasukkan pen di dalam bekas pensel atau Ali memasukkan pen dalam bekas pensel. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.08.2009 |
SAYA NAK MOHON LESEN MENIAGA KEDAI DOBI, MAJIS SURUH SAYA AMBIL BORANG DI DBP UTK DI BAWA KE MAJLIS BANDARAYA, SAYA BARU PERTAMA KALI MAHU MOHON, JADI SAYA TAK TAHU SGT BOLEH TUNJUK AJAR SAYA. MACAM MANA SAYA NAK TAHU YG SAYA DAFTAR NI LULUS | Sila buat permohonan iklan untuk mendapatkan pengesahan iklan. Rujuk Panduan Pendaftaran untuk Daftar Akaun, dan Panduan Pelanggan untuk Daftar Iklan. Sila klik Daftar Permohonan, pilih Daftar Iklan. Masukkan keterangan yang diminta. Pilih PBT dan tekan Masuk PBT. Muat naik gambar mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Tekan Simpan. Buat bayaran RM10. Pihak kami akan memproses iklan tuan selepas bayaran diterima. | Lain-lain | 15.06.2020 |
apakah maksud penangan | pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia merasa ~ dr tanganku sendiri. | Makna | 09.01.2013 |
Saya ingin membuat lesen banner di kuala selangor, tapi pengawai situ suruh i menghantar kesini untuk mengesah dulu …terima kasih … | Untuk makluman, DBP tidak mengesahkan iklan dalam bahasa Inggeris. Sila terjemah kepada bahasa Melayu dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 17.11.2014 |
Tuan/ Puan, Minta Tolong chop and signed bagi kita (Papan Iklan) Sebab hari ini MBIP suruh kita datang Dewan bahasa. Tetapi kita sampai tahu tak ada orang. MBIP cakap tunggu kita ambil balik itu sahaja. | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 20.05.2020 |
Selamat Pagi, saya nak apply lessen dan pasang banner dekat kedai Bandar Saujana Putra, MPKJ suruh I dapatkan semakan dari Dewan Bahasa baru boleh dapat apply lessen untuk banner. Terima Kasih. | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 16.10.2017 |
1. Ejaan komersial atau komersil yang betul sebab rakan saya menghadiri kursus bahasa baru-baru ini dan mereka suruh eja komersil. Jadi yang mana satu betul. 2. Ejaan pengkomersilan atau pengkomersialan. (walaupun saya dah rujuk dalam soal jwp DBP tapi ia tahun 2011 mungkin ada perubahan) | Dalam data kami, ejaan yang masih digunakan ialah komersial dan pengkomersialan. | Tatabahasa | 12.07.2013 |
Syafiq Azahari 14:50 Syafiq Azahari Syafiq salam. saya nak tanya berkenaan buat papan tanda kedai, tapi dalam bahasa inggeris. ada yang suruh saya rujuk pada DBP. apa prosesnya ye? | Setiap paparan di negara kita hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, sediakan teks dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”. | Lain-lain | 14.03.2017 |
No langganan : 0328/17. Naskah dewan siswa untuk bulan Januari 2018 belum saya terima lagi. Harap hantar secepat mungkin. Emel pernah dihantar sebelum ini tetapi balas balik suruh tunggu hingga 15 Jan 2018 tetapi sampai kini masih belum terima lagi. Harap maklum, anak saya perlu buat rujukkan . Terima Kasih. Sekian Bishma 012-9408775 | fdf | Lain-lain | 18.01.2018 |
bagaimana hendak mengetahui satu-satu perkataan yang mengandungi imbuhan memper-..kan itu membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja? (Harap jangan suruh rujuk tatabahasa dewan kerana sudah dirujuk) | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kausatif bermaksud (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yang berakhiran -kan yang mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (misalnya dalam ayat Ali membesarkan rumah, -kan dalam kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar). Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Dalam mengenal pasti sama ada membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan, tuan digalakkan selalu merujuk kamus bagi carian makna sesuatu perkataan | Tatabahasa | 14.09.2014 |