Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, tuan. Soalan 1: adakah selepas kata hubung? Soalan 2: patuh kepada suruhan Allah atau patuh pada suruhan Allah? Soalan 3: Adakah memberi digunakan untuk benda bernyawa dan memberikan digunakan untuk benda tidak bernyawa?
  1. Soalan tidak difahami. Sila terangkan dengan lebih jelas. 
  2. Cadangan jawapan ialah "Patuh pada suruhan Allah".
  3. Perkataan “memberi" dan “memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan “memberi” hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala “memberikan” hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:
    • Ali memberi kucing makan. 
    • Ali memberikan makanan kepada kucing.

            Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Tatabahasa18.03.2022
1. Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 2. Marilah kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 3. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 4. Mari kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. Dalam empat ayat ini, adakah partikel -lah diperlukan? Bolehkah partikel -lah digugurkan secara pilihan, maksudnya boleh diwujudkan dan boleh juga ditiadakan? Ayat ini ialah ayat penyata atau ayat suruhan? Jika ayat suruhan, adakah kata kerja "ucap" patut menerima akhiran -kan lalu membentuk kata kerja ayat suruhan "ucapkan"? Jika ayat ini ayat penyata, adakah kata kerja "ucap" harus menerima apitan meN-...-kan lalu terhasilnya kata kerja transitif "mengucapkan" yang disambut oleh objek, yakni "terima kasih"? Semua inilah tanda-tanda soal dalam hati saya.

Ayat yang betul ialah Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora dan Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora kerana ayat ini ayat aktif transitif. Jika hendak diberikan penekanan maka partikel –lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap.

Tatabahasa29.05.2014
Saya hendak menanyakan masalah berkenaan kata kerja ayat suruhan "garisi". Contoh ayat: 1. Garisi kata-kata kerja transitif yang mempunyai kesalahan imbuhan dalam petikan. Dalam ayat (1), dengan perkataan "garisi", arahan soalan mengarahkan pelajar membuat garis DI BAWAH, atau PADA kata-kata kerja transitif? Bagaimanakah kita hendak mengetahui bahawa sama ada arahan soalan menyuruh kita membuat garis DI BAWAH atau PADA sesuatu perkataan atau frasa dengan penggunaan perkataan "garisi"?Ayat ini hanya ditemukan dalam laras peperiksaan. Lazimnya arahan ini mengehendaki pelajar membuat garis di bawah perkataan yang dimaksudkan. Sepatutnya tidak timbul lagi persoalan membuat garis di bawah atau pada perkataan tersebut.Tatabahasa27.12.2014
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut?

Saudara,

1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya:  Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya.

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan.  Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim.   

Tatabahasa13.10.2009
Salam 1.Mohon pihak tuan untuk jelaskan ayat perintah & contohnya. 2.Saya keliru dengan kata dasar yang menerima Imbuhan apitan .. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan --menaikkan --kebanyakkan ---masukkan ---masukkan (Bagaimanakah mengetahui ejaan itu ada 1 K atau 2 K ? Terima kasih.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.


1. AYAT SURUHAN
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.
Contohnya: Pergi kamu dari rumah ini!


2. AYAT  LARANGAN
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
Contohnya: Jangan ambil harta orang.

3. AYAT SILAAN
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut:  Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.

4. AYAT PERMINTAAN
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Minta kamu semua bertenang.


Cara untuk mengetahui sama ada perkataan tersebut 1 k atau 2 k ialah:
Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an.
Tatabahasa08.03.2016
Saya nama azmee bin abdurrahman sedang belajar dasar Universiti Fatoni ingin bertanya tentang tata bahasa apakah maksud pembedahara kata? terima kasihMenurut data kami maksud perbendaharaan kata ialah 1. Kumpulan kod dan suruhan dalam bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk menulis atur cara. 2. Himpunan perkataan yang terdapat dalam bahasa yang boleh digunakan oleh pengguna bahasa tersebut. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perbendaharaanMakna03.11.2015
i dan kan bagaimana digunakan dan bila sesuail untuk digunakanAkhiran -kan digunakan wujud atau digunakan dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua (Rencana-rencana itu saya bukukan), dan 2. dalam ayat suruhan (Belikan saya sepasang kasut). Seperti akhiran -kan akhiran -i juga wujud atau digunakan dalam dua bentuk ayat, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua (Perangainya yang baik itu akan kami contohi), dan 2. dalam ayat suruhan (Contohilah teladan yang baik itu). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 183 hingga 190. Tatabahasa21.02.2009
Salam sejahtera tuan/puan, Tanya sama ada ayat dalam buku cerita yang manakah adalah betul: 1. Beri monyet makan pisang. 2. Berikan monyet makan pisang. Terima kasih.Ayat yang gramatis, berikan monyet pisang (ayat suruhan).Tatabahasa09.06.2016
Cikgu, bentuk yang terdapat di bawah yang manakah betul? 1. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa" lalu mendaftarkan satu akaun di sana. 2. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa lalu daftarkan satu akaun di sana. (Perlukah perkataan "daftar" memakai imbuhan? Jika ya, kenapa? Jika tak perlu, kenapa?)Dalam ayat suruhan kata kerja menerima akhiran -kan seperti daftarkan dan bersihkan.Tatabahasa11.05.2014
Salam antara ayat berikut yang manakah betul? 1. Tolong temankan saya ke kedai buku. 2. Tolong temani saya ke kedai buku. Apakah alasannya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah 1. Tolong temankan saya ke kedai buku. Akhiran kata kerja -i dan -kan diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja tanpa yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Persamaan antara kedua-dua akhiran ini ialah kedua-duanya membawa maksud kausatif. Perbezaannya pula ialah akhiran -kan mengandungi unsur benafaktif, manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa23.05.2013
123

Kembali ke atas