Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. yang manakah kesalahan tatabahasanya? "susah senangnya" atau "memperlihatkan"? jika salah, apakah perkataan yang sepatutnya digunakan. terima kasih. | susah senang dan memperlihatkan, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat ini cuma dibuang "nya" pada susahsenangnya. Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Mohon pandangan berkenaan penggunaan ayat berikut dalam iklan suratkhabar: 1. Susah sangatke nak pilih... Di IOC mudah. 2. Susah sangatkah hendak memilih? Di IOC mudah. 3. Susah sangatkah membuat pilihan? Di IOC mudah... | Cadangan kami ialah "Sukar membuat pilihan? Semuanya mudah di OIC". | Tatabahasa | 16.01.2017 |
kenapa susah sangat untuk menggunakan perkhidmatan dalam Talian....Saya hanya ingin membuat semakkan bahasa pada papan Iklan saya...Saya menghabiskan masa berjam jam bagi tujuan tersebut...Sila mudahkan cara yang lebih ke arah mesra pelanggan.terima kasih | Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam talian ialah 3 hari bekerja dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di Aras Lobi, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut: Hari Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.30 petang Hari Jumaat: 9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang (kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am) | Lain-lain | 15.07.2019 |
kenapa susah nak apply pengesahan ejaan menggunakan sistem online ? | Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan. Namun begitu, kami sentiasa memantau dan menambah baik sistem perkhidmatan sah bahasa secara dalam talian. | Lain-lain | 12.03.2019 |
Kenapa susah sangat nak angkat call???!!! Ada orang kerja ke x?! Saya dah call Customer Service 03-2147 9000 tak dapat, Call pengawai pon sama 03-2147 9692 03-2147 9691 03-2147 9108 call bahagian technical pon sama 03-2147 9389 (Saufi) 03-2147 9377 (Pn Rajavi) Call saya semula! 019-3366 819 | Pihak kami memohon maaf kerana pada tarikh tersebut Bahagian kami sedang mengadakan Mesyuarat Bahagian. Tiada pegawai di tempat ketika itu. Itu sebabnya panggilan puan tidak berjawab. Pihak kami akan cuba menghubungi puan semula. Terima kasih. | Lain-lain | 30.08.2016 |
Ayat yang manakah betul? (a) Cikgu membimbing saya menyelesaikan soalan yang sukar itu. (b) Cikgu membimbing saya menyelesaikan soalan yang susah itu. [Apakah beza antara ‘sukar’ dengan ‘susah’ dari segi penggunaan?] | Sukar dan susah mempunyai maksud yang sama, kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.10.2015 |
kenapa susah sangat nak luluskan perkataan untuk iklan nama syarikat. terima kasih | Untuk pengesahan iklan sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 31.01.2015 |
KENAPA SUSAH SANGAT NK CARI MAKNA ISTILAH DALAM LAMAN WEB INI | Puan Aina, saya ingin bertanya apakah makna istilah yang puan ingin cari? Sebenarnya DBP telah menggubal hampir dua juta istilah dalam pelbagi bidang. Dan istilah-istilah ini ada dijual di kedai buku yang menjadi pengedar kepada DBP. Jadi sila dapatkan istilah yang sesuai daripada kedai buku yang berhampiran .Terima kasih | Istilah | 13.01.2009 |
Puan, Salam sejahtera. Sila semak penggunaan "tanda" dan "susah senangnya" dalam ayat-ayat yang berikut : "Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir. Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. Ribuan terima kasih. | "Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir. Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera | Tatabahasa | 14.01.2013 |
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga | Makna | 01.07.2009 |