Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan akhiran -i dan -kan yang betul .Saya memahami bahawa akhiran -kan digunakan dalam contoh ayat yang objekj perbuatan itu berpindah tempat . Akhiran -i membawa erti objek perbuatan itu tidak bergerak ke mana-mana. sehubungan itu, dalam ayat berikut. Apakah penggunaan imbuhan yang betul: 1.Sila garisi perkataan yang susah difahami. 2.Sila gariskan perkataan yang susah difahami. Terima kasih. | 1. Akhiran kata kerja -i dan -kan diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja tanpa yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Persamaan antara kedua-dua akhiran ini ialah kedua-duanya membawa maksud kuasatif. Perbezaannya pula ialah akhiran -kan mengandungi unsur benafaktif, manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. 2. Ayat yang betul ialah sila gariskan perkataan yang susah difahami. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga | Makna | 01.07.2009 |
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang sesuai. TQ Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan betul dalam ayat ini? TQ | 1. Jawapan yang betul ialah: D belakangan ini berjalan sangat cepat 2. Perkataan "inginkan" adalah salah dalam ayat yang diberikan. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu; i. dalam ayat pasif bagi kata ganti diri nama orang pertama dan orang kedua, contohnya: Rencana-rencana itu saya bukukan. Rumah itu kami dirikan bersama-sama. ii. dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong padamkan lampu itu. Harap matikan enjin kereta anda.
| Tatabahasa | 25.03.2012 |