Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) cultural infusion between the north and south – pengharmonian budaya @ penerapan / asimilasi budaya antara bahagian utara dengan bahagian selatan?? (2) artistic conception @ artistic mood - konsepsi artistik?? (3) put oneself into others’ shoes – memikirkan dari sudut orang lain?? (4) Classical Prose Movement – Kempen / Gerakan Prosa Klasik @ Kempen/gerakan reformasi susastera?? (5) modes of ancient Chinese music - mod muzik China purba? (6) literary creation – penciptaan karya sastera @ pengkaryaan sastera? (7) conditions for life – syarat kehidupan? Keadaan kehidupan? Keperluan kehidupan? (8) great man – insan yang hebat/ unggul/ terpuji/ mulia @ personaliti unggul? (“Great man” di sini merujuk kepada seseorang yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai aspirasi yang jitu, jujur dan lurus serta mengamalkan cara hidup yang ringkas dan sederhana) Terima kasih. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. cultural infusion between the north and south: pemaduan budaya utara dan selatan 2. artistic conception: konsepsi seni/konsepsi artistik 3. artistic mood: suasana seni/suasana artistik 4. put oneself into others’ shoes: meletakkan diri pada situasi orang yang berkaitan 5. Classical Prose Movement: Gerakan Prosa Klasik 6. modes of ancient Chinese music: mod muzik China purba 7. literary creation: penciptaan karya sastera 8. conditions for life: keadaan kehidupan 9. great man: insan hebat/insan unggul Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 30.07.2021 |
apakah yang dimaksudkan dengan adab? apakah yang dimaksudkan dengan kesusteraan melayu?adakah ia terdiri daripada cerita-cerita,pantun sahaja.boleh nyatakan apakah kompenan yang terdapat dalam kesusteraan melayu? | Adab mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu termasuk budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada akar kata 'susastera'. Perkataan ini berasal daripada perkataan dalam bahasa Sanskrit. 'Su' bermaksud indah, baik, lebih faedah. Manakala 'sastera' bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Oleh itu Kesusasteraan Melayu bermakna semua karya yang berkaitan dengan alam Melayu sama ada mengenai kosmologi atau pun kosmografi alam Melayu. Kompenan dalam kesusasteraan ialah 1. Puisi 2. Cerpen, 3. Novel, 4. Drama. | Lain-lain | 26.03.2009 |