Tuan, adakah ayat di bawah betul? Apa Abu suka? Abu suka susu. | Ayat tanya yang betul ialah: (i) Apakah Abu suka? (ii) Atau Abu suka apa? Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Ayat penyata: Abu suka susu adalah betul. | Tatabahasa | 26.02.2014 |
Selamat sejahtera bos Apakah Perbezaan antara para, pepara dan para-para Terima Kasih | 1. “Para” bermaksud: i. Rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain. ii. Kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai. iii. Bahan kenyal dan kalis air daripada susu getah atau bahan sintetik, biasanya digunakan untuk membuat tayar, sarung tangan, bola dan lain-lain. iv. “Paragraf”. 2. “Pepara” bermaksud sejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, Rhynchospora corymbosa. 3. “Para-para” bermaksud “para”, iaitu rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1617 dan 1670. | Lain-lain | 18.05.2024 |