Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sun] | سوسون

Definisi : 1. longgok yg teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih); 2. tingkat, (se)perangkat barang yg bertingkat-tingkat (pinggan, mang­kuk, tepen, dll): ia membeli pinggan se~; 3. rangkai, untai (sajak); se~ sajak; 4. rangkap berlapis (kelopak bunga mawar dll); ~ atur cara menyusun dan mengatur sesuatu spt perabot, hiasan dsb dlm sesuatu ruang, taman dsb mengikut pelan yg dikehendaki; bersusun 1. berlonggok bertindih-tindih (yg satu di atas yg lain): beberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya; 2. terletak atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturut­turut, dll): nama-nama itu harus dicatat ~ menurut abjad; 3. kalimat ~ Id (Lin) dua tiga ayat yg dipadukan menjadi satu; 4. sl berikut, bersusul: Ahad ~ dgn Isnin; bersusun-susun terletak dlm beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat: kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu; maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupa­nya; menyusun 1. meletakkan berlapis-lapis (ber­tindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua­dua belah tapak tangan spt hendak me­nyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (me­ngarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); menyusunkan menyusun sesuatu utk, me­ngaturkan; tersusun sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~ indah; susunan 1. timbunan (barang) yg bertindih-­tindih, longgok yg bertindih-tindih: ~ batu bata; 2. sesuatu yg disusun (diatur dll), sesuatu yg letaknya bersusun: nama mereka ditulis dlm daftar itu mengikut ~ abjad; jari bagai ~ sirih; ~ buku-buku di dlm almari itu kelihatan kemas dan rapi; penyusunan perihal menyusun: suatu ke­sempatan utk para peserta mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kembali sejarah Malaysia; penyusun 1. orang yg menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dll): Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dgn pengertian pandai atau tukang dlm kamus mereka; ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf (dlm percetakan); 2. alat utk menyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sun] | سوسون

Definisi : ; ~ kelapa a) sj tumbuhan (pokok renek), susuh ayam, Tabernaemontata diva­ricata; b) sj tumbuhan (pokok renek), lada­lada, Tabernaemontata malaccensis; c) sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada, Taber­naemontata peduncularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sun] | سوسون

Definisi : longgok atau kumpulan yg teratur bertindih-tindih dgn rapi: Beberapa ~ pinggan mangkuk yg mahal tersimpan di dlm almari. ~ atur cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dsb dlm sesuatu ruang supaya kemas dan teratur. bersusun 1 berlonggok berlapis-lapis yg satu di atas yg lain: Kain bajunya yg sudah bergosok itu ~ rapi di dlm almari. 2 beratur atau berderet berlapis-lapis; terletak berbaris-baris; bersaf-saf: Kereta tetamu ~ di pekarangan rumahnya. menyusun 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bang­ku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pa­sukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di per­cetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ ka­mus mengarang atau membuat kamus. tersusun sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. susunan 1 kumpulan barang yg disusun berlapis-lapis atau bertindih-tindih: ~ buku. 2 sesuatu yg telah disusun atau diatur; sesuatu yg letaknya bersusun: Nama mereka telah ditulis mengikut ~ abjad. penyusunan perbuatan atau hal menyusun: Gaya karangan dan ~ ayat disesuaikan dgn per­kembangan bahasa hari ini. penyusun orang yg menyusun: ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf percetakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Susunlah rebab susun rebana,
     Susun lesung rumah Encik Ali;
Apa sebab dengan kerana,
     Rasa bergantung tidak bertali.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah perbezaan di antara ayat-ayat berikut/yang mana satu ayat yang betul? a. Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. b. Susun perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. a2. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap. b2. Susun dan tulis ayat di bawah semula supaya menjadi cerita yang lengkap.Ayat yang betul ialah : Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap.Tatabahasa09.05.2008
Susun objek dari besar ke kecil atau Susun objek daripada besar ke kecil ?Susun objek daripada besar kepada kecil.Tatabahasa23.04.2012
assalamualaikum, saya ingin bertanya antara kedua-dua ayat di bawah ini yang manakah lebih tepat penggunaannya. a) susun perkataan-perkataan semula supaya menjadi ayat yg btl. b) susun semula perkataan-perkataan supaya menjadi ayat yg btl.Ayat yang betul - susun semula perkataan-perkataan supaya menjadi ayat yang betul. Dalam ayat ini,  'susun semula' merupakan frasa kerja yang jika dipisahkan akan mengubah makna/ tidak mempunyai makna.Tatabahasa06.01.2011
Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan,  Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Tatabahasa31.08.2012
Saudara, adakah susun atur ayat dibawah ini betul/boleh digunakan atau boleh diperbaiki lagi. "Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit."Ayat yang betul : Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.Tatabahasa02.07.2008
Ayat manakah yang betul. Susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. atau Susun perkatan-perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. sana, dalam, situ, sini, antara merupakan kata nama arah. adakah 'sekeliling' juga tergolong dalam kata nama arah. contohnya : di dalam kotak, di luar kotak, di sekeliling kotak. Minta penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Yang betul ialah susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Perkataan di sekeliling merujuk tempat yang bermaksud kawasan persekitaran.

Tatabahasa12.07.2010
Assalamualaikum... Jika saya ingin menyusun sebuah kamus dari sudut yang berbeza dengan kamus dewan (Kamus Dewan susun ikut abjad tapi sya nak susun ikut rima akhir) tetapi sumber entri masih daripada Kamus Dewan, adakah saya perlu meminta izin daripada DBP? Tidak semua entri dalam kamus Dewan yang diambil, cuma entri-entri yang bekaitan sahaja.Jika mahu menggunakan bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perlu mendapat izin daripada DBP terlebih dahulu. Sila hantar surat permohonan untuk menggunakan bahan itu kepada Ketua Pengarah DBP.Lain-lain10.03.2013
Saya ingin bertanya beberapa istilah Indonesia. Saya menerima surat yang datang dari Indonesia, tapi saya kurang faham mengenai maksudnya. Contohnya, Hunian, Rumah Susun, cp.

1. Hunian bermaksud tempat yang dihuni /tempat tinggal/ kediaman

2. Rumah Susun bermaksud rumah atau bangunan bertingkat yang terbahagi kepada beberapa tempat tinggal (masing-masing untuk satu keluarga) / flat

 

Makna28.05.2008
Saya ingin bantuan untuk memperbetulkan dari segi susun bahasa contoh seperti di bawah:- untuk maklum balas 1) Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di atas. untuk jawab maklum balas 2) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada minit bebas @ surat no. rujukan ....., bertarikh ...... seperti perkara di atas. 3) Dukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini tiada wakil untuk sertai jemputan tersebut. 4) Saya ini memahami maksud penggunaan "Minit bebas", "Minit ceraian" dan "minit curaian". 5) Saya amat lemah dari segi penggunaan tatabahasa untuk mengarang sesuatu surat atau apa2 dalam bentuk ayat. Jadi, adakah buku yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan saya. Saya harap mohon bantuan dari tuan/puan. terima kasihi. Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. ii. Dengan segala hormatnya saya merujuk surat tuan bertarikh ... yang berkaitan perkara di atas. iii. Dimaklumkan bahawa bahagian kami tiada menghantar wakil untuk menyertai majlis ini. iv. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur.Lain-lain19.05.2010
SALAM, SAYA INGIN MENDAPAT KHIDMAT NASIHAT BERKAITAN DENGAN SUSUN ATUR SENARAI S.K. (SALINAN KEPADA)..SIAPAKAH YANG PERLU DIDAHULUKAN? ADAKAH PERLU MENGIKUT SENIORITY ATAUPUN PERLU MENDAHULUKAN SENARAI DALAMAN DAHULU? TERIMA KASIH

Saudara,

Dalam menulis salinan kepada, penerima disusun mengikut kekananan dan diikuti dengan nama penerima dalaman juga disenaraikan mengikut kekananan.

Lain-lain14.06.2010
123

Kembali ke atas