Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cara menyusun dan mengatur sesuatu spt perabot, hiasan dsb dlm sesuatu ruang, taman dsb mengikut pelan yg dikehendaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dsb dlm sesuatu ruang supaya kemas dan teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan liza terlibat dalam------ pelamin pengantin A susun atur B susun hiasSusun atur atau Kemas hiasTatabahasa05.07.2015
Saudara, adakah susun atur ayat dibawah ini betul/boleh digunakan atau boleh diperbaiki lagi. "Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit."Ayat yang betul : Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.Tatabahasa02.07.2008
SALAM, SAYA INGIN MENDAPAT KHIDMAT NASIHAT BERKAITAN DENGAN SUSUN ATUR SENARAI S.K. (SALINAN KEPADA)..SIAPAKAH YANG PERLU DIDAHULUKAN? ADAKAH PERLU MENGIKUT SENIORITY ATAUPUN PERLU MENDAHULUKAN SENARAI DALAMAN DAHULU? TERIMA KASIH

Saudara,

Dalam menulis salinan kepada, penerima disusun mengikut kekananan dan diikuti dengan nama penerima dalaman juga disenaraikan mengikut kekananan.

Lain-lain14.06.2010
SAYA MEMOHON BANTUAN UNTUK SEMAKAN KESESUAIAN NAMA PROGRAM INI DAN SUSUN ATUR PERKATAAN:- "PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI KREATIF MALAYSIA" NOTA: PROGRAM BERKAITAN DENGAN INDUSTRI KANDUNGAN KREATIFAyat yang betul ialah PROGRAM PENINGKATAN KANDUNGAN INDUSTRI KREATIF MALAYSIA.Tatabahasa03.03.2021
Penulisan susunatur rapat ke ada jarak
Jawapan yang sesuai ialah susun atur (dua perkataan)

Ejaan01.06.2017
Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri.Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut.Lain-lain26.09.2016
memohon pandangan untuk perkataan berikut: "Ruang tersusun atur akan tibauntuk makluman istilah "susun atur" ialah padanan untuk istilah bahasa Inggeris layout. oleh itu tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. perkataan yang sesuai ialah "tersusun" atau "teratur" (Ruang tersusun akan tiba atau ruang teratur akan tiba).Tatabahasa13.01.2014
mohon untuk disemak susun ayat berikut: Program pengawasan komuniti wajar dipupuk demi keselamatan masyarakat setempatSusun atur ayat tersebut tidak ada kesalahan dan boleh digunakan.Tatabahasa15.06.2016
1)index Everest Braille Embosser V4 2)layout 3)emboss from page 4)format setting 5)top margin 6)single -sided 7)ink-jet printer1)tidak perlu diterjemahkan kerana Kata Nama Khas 2)susun atur 3)cetak timbul pada halaman 4)set format 5)jidas atas 6)sebelah 7)pencetak pancut dakwatIstilah10.01.2011
Saya ingin bertanya tentang: a) Adakah wujud perkataan 'berkelebaran' di dalam sistem Bahasa Melayu yang diguna pakai hari ini? b) Adakah perkataan ini dieja rapat @ sebaliknya = gunatanah/ hakmilik/ susunatur (pelan) Sekian, terima kasih.a. Perkataan "berkelebaran" tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, perkataan ini adalah betul dan boleh digunakan. Contoh lain seperti berketinggian dan berkeluasan.
b. Ejaan yang betul ialah guna tanah, hak milik dan susun atur
Ejaan17.03.2016
12

Kembali ke atas