Penulisan susunatur rapat ke ada jarak | Jawapan yang sesuai ialah susun atur (dua perkataan)
| Ejaan | 01.06.2017 |
Saya ingin bertanya.. Setelah mendapat tittle Ir., apakah penggunaan susunatur yang betul . Ir. Raja Noraini binti Raja Yusof atau Raja Ir. Noraini binti Raja Yusof Terima kasih | Penulisan yang betul ialah "Ir. Raja Noraini binti Raja Yusof", iaitu gelaran akademik hadir di hadapan nama. | Ejaan | 30.07.2024 |
Saya ingin bertanya tentang: a) Adakah wujud perkataan 'berkelebaran' di dalam sistem Bahasa Melayu yang diguna pakai hari ini? b) Adakah perkataan ini dieja rapat @ sebaliknya = gunatanah/ hakmilik/ susunatur (pelan) Sekian, terima kasih. | a. Perkataan "berkelebaran" tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, perkataan ini adalah betul dan boleh digunakan. Contoh lain seperti berketinggian dan berkeluasan. b. Ejaan yang betul ialah guna tanah, hak milik dan susun atur | Ejaan | 17.03.2016 |
1. Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman setiap tahun? Berapa peratuskah purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada? minta disemak tatabahasa soalan diatas samada susunatur ayat betul/tidak | Ayat yang gramatis ialah Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman pada setiap tahun? Berapakah peratus purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada? | Tatabahasa | 09.01.2013 |
salam sejahtera... bolehkah pihak tuan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk membuat penulisan dengan berpandukan format yang betul bagi penulisan sebuah laporan teknikal. disini, dilamprkan 2 helaian utama yang menjadi isu dari segi: bagi muka surat pertama, susunatur dan saiz tulisan yang digunakan dan bagi helaian kedua persoalannya adalah, di bahagian manakah sepatutnya diletakkan gambar berkenaan. atas kanan atau atas tengah ataupun atas kiri...terima kasih atas perhatian dan bantuan yang diberikan. | Pada kelazimannya gambar diletakkan di bahagian atas sebelah sebelah kiri (bukan seperti dalam contoh yang diberikan - sebelah kanan). | Lain-lain | 15.02.2012 |