Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1. sj benang yg lembut dan halus yg didapati drpd sj ulat; ulat ~ sj ulat rama-rama Bombyx mori yg mengeluarkan benang sutera; 2. kain atau cita yg dibuat drpd benang sutera; ~ kembang sutera yg bersulam; ~ buatan = ~ tiruan sutera yg dibuat secara kimia; jual ~, beli mastuli prb kehilangan yg ber­harga, mendapat yg lebih baik (lebih berharga); spt ~ dlm lukisan prb sesuatu yg sudah bagus beroleh darjat atau tempat yg bagus pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1 = benang ~ benang lembut lagi halus yg diperoleh dr sj ulat. 2 kain yg dibuat drpd benang sutera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sutera

Puisi
 

Sutera ini sutera gulungan,
     Sutera perajut kaca;
Suratku ini surat kiriman,
     Dendam rindu boleh dibaca.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah penggunaan yang betul: batik sutera atau sutera batik. Adakah perbezaan?Frasa yang betul ialah "sutera batik" kerana yang diterangkan ialah sutera (kain) dan yang menerangkannya ialah batik. Namun begitu frasa "batik sutera" banyak digunakan dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa19.09.2012
Tudung sutera yang dihadiahkan oleh Karina ini memang___________. A lembut B halus (tuan, jawaban ialah A..tetapi saya kekeliruan kerana halus juga membawa maksud 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin) TQKedua-dua perkataan, iaitu halus dan lembut boleh digunakan dalam ayat tersebut. Makna22.08.2011
TD Edisi Ketiga m/s 236. Contoh ayat 135. ' Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah termerah'. Sepatutnya' Antara kain merah itu , kain jenis sutera itulah termerah'. Beri pandangan tuan.Terima kasih.

Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada editor buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga supaya tindakan pembetulan diambil. Pandangan saudara itu betul. Terima kasih atas keprihatinan saudara dalam perkara ini.

Tatabahasa25.03.2010
Tolong pastikan ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak? Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Selendang kain kapas yang dibeli oeh ayah sehalus sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung.

Jawapan yang betul ialah Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus  tepung.

Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Yang betul : Rosli ingin mencari calon isteri yang halus budi bahasanya. 

Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera. Yang betul:  Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah selembut sutera.

Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Yang betul: Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus kulit bayi.

Saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa09.12.2010
Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga - ms 236) Adakah frasa 'antara kain-kain merah itu' lewah?Pihak kami akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara ini. Pihak kami akan memaklumkan kepada puan selepas mendapat penjelasan tersebut.Lain-lain08.07.2010
cindai

Sdr. Ibnu Salam,

CINDAI membawa maksud -  1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll).

 

Makna04.10.2010
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang.Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital.Lain-lain04.11.2010
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat berikut; Hassan menggunakan galah untuk ___ dahan pokok yang sekah itu. A mengait B mencantas Adakah ayat-ayat ini betul 1. Jemputlah duduk dahulu, nanti saya panggil emak di dapur. 2. Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera. 3. Adik suka bermain-main di halaman rumah di waktu petang.Jawapan yang sesuai ialah mencantas. Ayat 1 dan 2 betul. Ayat ke-3, Adik suka bermain-main di halaman rumah pada waktu petang.  Tatabahasa12.09.2008
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Menggarisi atau menggariskan?Mengapa? Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya _________isi-isi penting daam petikan itu. 2) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Mengajar atau mengajarkan?Mengapa? Cikgu Hanisah ________ Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. 3) Adakah perkataan jenis perlu diletakkan selepas perkataan pelbagai atau berbagai-bagai bagi ayat di bawah? -Pelbagai-bagai jenis makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai.1) Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya menggarisi isi-isi penting daam petikan itu. Menggaris bermaksud memberi bergaris pada sesuatu, manakala menggariskan bermaksud membuat garis dengan sesuatu.
2) Cikgu Hanisah mengajarkan Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. Mengajarkan bermaksud 
mengajar sesuatu kepada seseorang dan mengajar bermaksud menyampaikan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain.  
3) Pelbagai makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. Pelbagai bermaksud bagai dan jenis.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Pelajar, terbitan DBP.
Tatabahasa11.06.2013

Kembali ke atas