Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt mengesat, menyapu: the doctor ~bed the cut with disinfectant, doktor mengesat luka itu dgn disinfektan; ~ the decks, mengesat geladak. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. absorbent pad or cotton wool used for cleaning wound, kapas kesat; 2. specimen taken with this, bahan uji: the ~ was sent to the laboratory, bahan uji itu telah dibawa ke makmal; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata swab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Saya inginkan kepastian. Adakah "ujian calitan" Covid-19 adalah istilah yang betul untuk "swab test"?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

swab test - ujian swab

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain21.07.2021
Salam, saya ada soalan yang hendak dikemukakan. Apakah padanan kata yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk ujian swab test? Terima kasih

Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

swab test - ujian swab

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain25.05.2021
Swab taken from bottle diterjemahkan kepada kesatan daripada botol. Adakah penggunaan perkataan kesatan tersebut betul?Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi swab ialah kapas kesat yang digunakan dalam bidang perubatan.
Pada padangan kami, ayat yang betul ialah kapas kesat yang diambil daripada botol sekiranya bersesuaian dengan konteks.
Penyemakan dan penterjemahan09.01.2018

Kembali ke atas