Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[swa.la.yan] | سوالاين

Definisi : perihal (perbuatan) melayan diri sendiri kerana pihak penjual tidak menyedia­kan atau memberikan khidmat melayan para pelanggan, layan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata swalayan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "SWALAYAN" digunakan bagi terjemahan untuk "SELF SERVICE"?Padanan tersebut betul.Makna29.07.2010
1) Adakah perkataan 'sia-sia' masih digunakan? Kamus Dewan yang terbaharu tidak dapat dicari tentang perkataan ini. 2) Adakah kata majmuk 'layan diri' masih boleh digunakan? Yang manakah betul 'layan diri' atau ' swalayan'? 3) Apakah bezanya tentang perkataan 'ahli' dengan 'anggota'? kita menggunakan 'anggota bomba dan penyelamat' atau 'ahli bomba dan penyelamat'.
1) Perkataan sia-sia terdapat dalam entri Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Keempat.
2) Perkatan layan diri dan swalayan, kedua-duanya digunakan dalam wacana bahasa Melayu.
3) Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli bomba dan penyelamat serta anggota bomba dan penyelamat, kedua-duanya betul.

Tatabahasa30.08.2014
Mohd Fazli Bin Abdullah Mohon pandangan DBP. Kata swafoto sudah ada lama dalam bahasa Indonesia. Gabungan dari kata swa + foto. Bererti kata swa secara tunggal bawa maksud sesuatu yg bersifat sendiri (apakah itu berasal dari kata swasta?). Indonesia juga terjemahkan istilah 'self-service' sebagai swalayan. Saya tertarik dengan cara Indonesia yg pelbagaikan kata swa untuk istilah-istilah lain yg bersifat personal. Di Malaysia, kita masih terjemahkan 'self-service', sebagai layan diri. Jadi apakah kata swa, tidak membawa apa-apa erti menurut pandangan DBP?1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, DBP menerima istilah swafoto sebagai padanan untuk perkataan bahasa Inggeris "selfie". 2. Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu. 3. Dalam bahasa Melayu penggunaan awalan "swa" digunakan seperti "limbungan swa-apung" padanan terjemahan "self-docking dock", hipotesis swa-penanda untuk padanan "self-marker hypothesis". Selain kata pinjaman, ada kata Melayu yang sama maksudnya dengan swa- iaitu "kendiri" bagi padanan kata "self" dalam bahasa Inggeris, contohnya self-regulatory policy - dasar peraturan kendiri, self-management - pengurusan kendiri. 4.Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara pembentukan istilah bahasa Melayu, sila rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah08.06.2017

Kembali ke atas