APAKAH CONTOH FORMAT SURAT RASMI BAGI AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA? ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN? | Surat agensi kerajaan dengan swasta memang terdapat perbezaan, terutama dari segi format kepala surat, penggunaan kata sapaan, cara menyampaikan isi (surat swasta lebih langsung dan ringkas). Sila rujuk pihak Institut Tadbitan Awam Negara atau Jabatan Perkhidmatan Awam untuk merujuk format surat rasmi agensi kerajaan dan buku-buku rujukan umum. | Lain-lain | 03.08.2008 |
definisi - kesihatan - hospital swasta | Kata kesihatan adalah daripada kata sihat yang mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perihal sihat,kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll.). Hospital swasta bermaksud hospital yang ditadbir dan diurus oleh pihak swasta,iaitu bukan milik kerajaan. | Makna | 26.01.2008 |
adakah swasta merupakan kata terbitan daripada imbuhan pinjaman swa dan perkataan 'asta'? | Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu. | Penyelidikan | 14.05.2017 |
apakah dasar penggunaan bahasa melayu di institusi pengajian tinggi swasta? | Dalam sistem persekolahan kerajaan, penggunaan bahasa Melayu diwajibkan sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke institusi pengajian awam. Bagi pusat pengajian tinggi swasta, tidak dapat dipastikan tentang penggunaan bahasa Melayu. Sila rujuk Jabatan Pengajian Tinggi (Swasta), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. | Lain-lain | 19.02.2008 |
Maksud bidang kerja/swasta/persendirian/sektor karajaan. | Bidang kerja bermaksud kegiatan yang diceburi atau lapangan sama ada dalam badan kerajaan, persendirian atau sektor swasta. | Makna | 28.02.2007 |
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tk | Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
Majlis Perbandaran sedang kini berkolaboratif dengan syarikat swasta untuk menjadikan bandar Cyberjaya sebagai bandar hijau | 1. Majlis Perbandaran sedang/kini berkolaboratif dengan syarikat swasta untuk menjadikan bandar Cyberjaya sebagai bandar hijau. 2. Sila pilih perkataan sedang atau kini. | Lain-lain | 10.01.2014 |
"Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu".. Salam. Kenyataan di atas adalah Misi DBP dan Sektor Swasta di minta bersama-sama untuk menjayakannya. Saya cuma ingin bertanya, kenapa pihak swasta terutama bank dan takaful tidak menyediakan surat perjanjian dalam Bahasa Melayu. Apakah tindakan DBP? Sekian, terima kaih. | Selaras dengan misi kami, DBP sentiasa berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelbagai sektor di negara kita. Melalui kerjasama DBP dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pelbagai keputusan telah dicapai dan arahan dikeluarkan. BNM telah mengeluarkan arahan kepada bank dan syarikat insurans/takaful agar dokumen berkaitan pelanggan mempunyai salinan dalam bahasa Melayu. Mohon kerjasama tuan memaklumkan kepada kami butiran bank berkenaan untuk kami buat pemantauan dan teguran yang sewajarnya. Butiran boleh di-e-mel kepada ayu@dbp.gov.my dan ana_mohdbess@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.12.2012 |
1.Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT TERSEBUT? TK | Ayat "Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta." adalah betul dan tidak terdapat sebarang kesalahan. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
Akademi kami mengadakan kursus Bahasa Melayu untuk murid-murid rendah dan menengah. Soalan saya adalah pihak tuan ada mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan oleh pihak swasta ? Soalan kedua adakah pihak tuan ada bekerjasama denagan pihak swasta menjalankan kursus Bahasa Melayu ? Terima Kasih | Untuk makluman tuan, DBP bukanlah pihak yang berwenang untuk memberi pengiktirafan terhadap mana-mana organisasi yang menganjurkan kursus bahasa. Walau bagaimanapun DBP ada menganjurkan kursus bahasa, sastera dan penerbitan untuk sesiapa sahaja yang berminat, selain mengadakan kerjasama dengan jabatan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan dalam menganjurkan kursus. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau talian 03-21479000. | Lain-lain | 09.01.2014 |