Chin Swee Fen Mar 2nd, 10:11pm salam sejahtera, bolehkah saya bertanya tentang ayat berikut, saya berenang di pantai atau saya berenang di laut. adakah kedua-dua ayat ini betul | Ayat yang gramatis ialah "Saya berenang di laut". | Tatabahasa | 02.03.2015 |
Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”, iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275. | Tatabahasa | 20.02.2014 |
Bolehkah saya mendapat rujukan tentang Latar Belakang Dr. Lim Swee Tin, serta karya sastera beliau? Harap dapat sokongan dari DBP. Sekian ribuan Terima Kasih. | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dalam buku : - Biografi Lim Swee Tin : meniti liku menuju ke puncak terbitan Citra Kurnia Ent. tahun 2008 - Majalah Dewan Sastera Mac 2003 | Lain-lain | 05.08.2010 |
Selamat pagi.Mohon pencerahan drp tuan/puan. 1.Swee Lan suka *membaca* buku di perpustakaan. 2.Hobinya ialah *membaca* . Perkataan “membaca” dlm kedua-dua ayat ini ialah kata kerja transitif atau “membaca” dlm ayat kedua tu kata kerja tak transitif? | Perkataan "membaca" pada ayat Swee Lan suka membaca buku di perpustakaan merupakan kata kerja transitif manakala perkataan "membaca" dalam ayat Hobinya ialah membaca merupakan kata nama kerana hadir selepas kata pemeri "ialah". | Tatabahasa | 02.09.2020 |
Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang yang diperlukan oleh nenek Swee Lan untuk membuat kuih bakul. A.Berikut adalah senarai barang-barang B.Adalah yang berikut senarai beberapa barang C.Yang berikut adalah senarai beberapa barang D.Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang Jawapan yang diberikan adalah C. Selain tempatnya indah, kami tertarik dengan keindahan seni bina rumah di kawasan ini. A.kami tertarik keindahan seni bina B.kami tertarik tentang seni pembinaan C.kami tertarik oleh keindahan seni bina D.kami tertarik dengan keindahan seni bina Jawapan yang diberikan adalah C. Saya ingin mengetahui sebab kedua-dua jawapan tersebut adalah betul. Sekian, terima kasih. | 1. Tiada jawapan yang betul kerana kata pemeri adalah perlu diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, dari, daripada, dll. Jawapan C akan menjadi betul sekiranya perkataan adalah digantikan dengan ialah. 2. Jawapan yang betul ialah D, bukan C kerana jawapan C untuk kata tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
can you please give me the reason why our company name not approval. WAH LONG ENTERPRISE SDN BHD. WAH is the first name of our director LIM SIEW WAH LONG is the first name of our second director of Teoh Swee Long. This is the name from our IC and passport. Please advise me how to do and give me the reason why you all cant approve the name? If i not get the approvel i cant get my signboard license. Thanks ... | Untuk makluman saudara,Khidmat Pengesahan Bahasa memberi pengesahan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, papan tanda dan penamaan nama khas. Bagi permohonan nama syarikat saudara seperti yang dilampirkan, kami tidak memberi pengesahan kerana hanya memaparkan nama syarikat dan tidak menggunakan bahasa Melayu. Sekiranya saudara memohon pengesahan untuk iklan di bawah papan tanda syarikat, terdapat beberapa pembetulan yang perlu dibuat iaitu ejaan Tel yang betul ialah Tel. (perlu letak tanda titik) dan ejaan bagi fax ialah faks. Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk sijil kelulusan. | Lain-lain | 14.08.2013 |
Nur Farizah FRI 11:46AM As Salam ... Saya ingin membantu sahabat saya Nama Pena : Puteri Kalam. Beliau ber giat aktif dalam penulisan cerpen suatu ketika dulu. Awal 1990 an. Pernah memenangi pertandingan cerpen utama remaja utusan Melayu public bank 1990 seangkatan lim Swee tin Nm sbnr .. Putri Suzana Aida Beliau tidak sihat dalam tempoh yang lama.. Dan kini semakin sembuh. Beliau ingin mendapatkan semula koleksi2 cerpen memandabgkan beliau berhasrat untuk menulis semula. Moga pihak tuan dapat memberi pandangan dan info terkini. No telefon saya 0192764141 Terima kasih | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan pihak penganjur, iaitu Utusan Melayu (M) Berhad untuk urusan berkenaan. DBP tidak berhak menyimpan karya pihak luar yang tidak diterbitkan melalui DBP. Jika ada karya tuan diterbitkan melalui majalah keluaran DBP, tuan boleh membuat semakan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 15.07.2016 |
Apakah nama buku terbitan DBP yang sesuai untuk Penulis Muda yang tercari-cari bimbingan dan panduan untuk belajar tentang penulisan kreatif ? | Saudara boleh merujuk buku-buku yang berikut:
Saudari juga boleh merujuk Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan ada menganjurkan bengkel/kursus bimbingan penulisan kreatif. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh menghubungi Puan Akibah binti Abu Hassan, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan di talian 03-21482550 atau e-mel akibah@dbp.gov.my Harap maklumat yang diberikan dapat membantu saudari. | Lain-lain | 01.03.2009 |
sejarah bahasa rojak? pengertian bahasa rojak? penggunaannya dalam majalah hiburan? penguatkuasaannya? penggunaannya dalam lirik lagu? kesan daripada penggunaan bahasa rojak? | Artikel dibawah ada kaitan tentang topik tuan : 1. Zurinah Hassan. Jati diri bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 2. Ramli Sarip Citra bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 3. La Hami Ahmad Kelemahan Bahasa dalam Lirik Lagu Melayu Pelita Bahasa 09 2001 . 4. Lim Swee Tin Lirik lagu cerminan citra budaya bangsa Dewan Budaya 05 2006 . 5. Ahmad Ramli Melodi + lirik lagu = lagu yang baik Dewan Budaya 02 2007 . 6. Zuraini Abu Bakar Lirik Indah Bahasa Gagah Pelita Bahasa 04 2002 . 7. Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor Menentukan Citra Lirik lagu Melayu Pelita Bahasa 07 2003 . 8. Teo Kok Seong Moral dalam Lirik Lagu Under Ground Dewan Budaya 12 2003 . | Lain-lain | 07.12.2007 |
Salam tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak DBP tentang singkatan yang betul bagi gelaran "Yang Dihormati" dalam surat rasmi. Untuk makluman pihak tuan/puan, amalan dalam PDRM, "Yang Dihormati" digunakan bagi mengelar pegawai-pegawai kanan polis. Namun, singkatan yang digunakan dalam surat rasmi selalunya ditulis sebagai "YDH". Saya telah semak Kamus Dewan dan tiada rujukan spesifik bagi singkatan "Yang Dihormati". Ada pihak berpendapat bahawa singkatannya sepatutnya ditulis sebagai "YDh.", tetapi ia kelihatan pelik. Justeru, mohon pengesahan DBP supaya maklumat yang betul bolehlah disalurkan kepada pucuk pimpinan PDRM. Terima kasih. Yang benar, ASP Lee Swee Sake | Salam Sejahtera Tuan. Kami mencadangkan singkatan bagi “Yang Dihormati” ialah “YDh.” Singkatan ini mengambil contoh pembentukan singkatan bagi “Yang Berbahagia”, iaitu “YBhg.” dan contoh pembentukan singkatan “Yang Amat Berbahagia”, iaitu “YABhg.” | Ejaan | 13.03.2014 |