| Cikgu, ayat di bawah yang manakah adalah betul? Halaman berapa Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang harus saya rujuk berkait dengan soalan ini? 1. Album terkini Taylor Swift iaitu "Single 22" telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. 2. Album Taylor Swift "Single 22" yang terkini...... 3. Album Taylor Swift terkini "Single 22"...... 4. Album terkini "Single 22" Taylor Swift...... 5. Album Taylor Swift "Single 22" terkini...... (telah gugurkan "yang" dalam ayat 2) Tolong berikan penerangan dan rujukan halaman Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Saya sangat berterima kasih atas usaha DBP. | Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Album terkini Taylor Swift, iaitu Single 22 telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
| Rujukan dalam teks - contoh Dickson-Swift et al. 2008. Adakah ia dikekalkan atau boleh ditukar kepada Diskson-Swift dan lain-lain 2008? | Lebih baik dikekalkan seadanya. | Lain-lain | 10.02.2011 |
| Mohon bantuan pihak DBP mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Trending Searches". Konteks "Trending Searches" ini digunakan untuk mencari perkara yang sedang/semakin popular. Contohnya, untuk minggu ini, pengguna media menyukai Taylor Swift dan mencari lagu-lagunya. Saya mempunyai beberapa versi untuk istilah tersebut iaitu "Trend Carian", "Carian Semakin Popular", "Carian Popular". Mohon nasihat pihak DBP untuk memberikan istilah yang lebih sesuai. Terima kasih. | Tidak ada istilah khusus untuk Trending Searches dalam pangkalan data istilah DBP. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan untuk "Trending Search " ialah Carian yang popular pada masa ini. | Makna | 22.09.2016 |
| Melalui semakan kami dalam kamus dan PRPM, tiada perkataan “swiftlet” ditemui. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “walet” iaitu sejenis burung layang-layang. Apakah padanan “burung walet” dalam bahasa Inggeris? Raw-clean edible birdnest 178A. (1) For the purposes of these Regulations, raw-clean edible birdnest— (a) is the secretion from the salivary glands at swiftlet genus Aerodramus and genus Collocalia; 178A. (1) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, sarang burung mentah bersih yang boleh dimakan— (a) ialah rembesan dari kelenjar air liur daripada burung walit genus Aerodramus dan genus Collocalia; | Ejaan yang tepat ialah "walet", iaitu sejenis burung layang-layang (swift). | Penyemakan dan penterjemahan | 22.06.2021 |