Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syad.dah] | شدة

Definisi : Ar tanda utk menyatakan bunyi be­rangkap (dlm tulisan Arab), sabdu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syad.dah] | شدة

Definisi : tanda dlm tulisan Arab utk menyatakan bunyi berangkap; sabdu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syaddah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera kepada pihak PRPM yang dikasihi Allah. Saya ada sedikit kerisauan yang saya ingin utarakan mengenai ejaan satu perkataan yang saya jumpai baru-baru ini di sebuah page facebook yang bernama SAYS SEISMIK yang menyatakan mengenai perkataan harian yang sering kita gunakan dengan ejaan yang salah. Page tersebut mengatakan ianya adalah bersumberkan dari pihak DBP. Perkataan yang merisaukan saya ialah perkataan 'sunah". Menurut kefahaman saya ianya adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa arab. Kita akan menjumpai kesemua terjemahan kitab-kitab muktabar akan menggunakan ejaan 'sunnah' dengan dua huruf 'n'. Ini adalah kerana didalam bahasa arab ada syaddah pada huruf nun ن menjadikan transliterasinya menjadi 'sunnah' dan bukannya 'sunah' sebagaimana yang disarankan oleh pihak PRPM. Saya berharap agar pihak DBP dapat memberi penjelasan dan penyelesaian dalam permasalahan ejaan ini agar sama-sama dapat kita mengambil manfaat dari perbincangan ini. Terima kasih atas masa pihak tuan/puan.Peminjaman kata daripada bahasa Arab disesuaikan ejaannya dalam bahasa Melayu. Penggunaan tasydid dalam bahasa Arab tidak dilambangkan hurufnya dalam bahasa Melayu, seperti ejaan sunah. Penggunaan ejaan ini boleh disemak melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Pelbagai bentuk ejaan yang ditemukan dalam media sosial, namun sebagai pengguna yang bertanggungjawab kita boleh memainkan peranan dengan menggunakan dan meuar-uarkan ejaan yang betul. Walaupun media sosal atas nama peribadi bukanlah wadah rasmi yang perlu kita berbahasa dengan baik dan betul, sekurang-kurangnya kita dapat memainkan peranan kecil untuk kesan yang lebih besar kepada usaha mempromosikan penggunaan bahasa yang baik dan betul.Ejaan09.10.2017

Kembali ke atas