Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. ark (surat) pengakuan, sijil, ijazah: Shafik Afandi mempunyai ~ Al-Bakaluria; 2. syahadat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syahadah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semak penggunaan perkataan penguasaan dalam tajuk kajian saya : Meningkatkan Penguasaan Dua Kalimah Syahadah Menggunakan Teknik Nyanyian 'Alunan Syahadahku' Dalam Kalangan Murid-murid Tahun Satu. Terima kasihKami berpandangan perkataan penghayatan lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut. Meningkatkan Penghayatan Dua Kalimah Syahadah Menggunakan Teknik "Alunan Syahadahku" dalam Kalangan Murid-murid Tahun Satu.Tatabahasa29.04.2015
Salam sejahtera, manakah yang lebih tepat dari segi tatabahasa: 1. Kalimah Allah 2. Kalimat Allah
Salam sejahtera,


Perkataan kalimat ditakrifkan sebagai "kata-kata yg disusun utk menyampaikan maksud, memberikan perintah atau membuat pertanyaan". Antara contoh penggunaannya:

- “Kau bantu aku di kebun.” Kalimat Pak Taha itu masih terngiang-ngiang di telinganya.
- Kalimat akhir dari perempuan India itu menimbulkan satu pertanyaan.
- Dalam hatinya terselit harapan agar kalimat anak muda itu kelak akan menjadi kenyataan.
- Terdapat juga kalimat asing yang telah digunakan dengan mantap di kalangan petugas perbukuan.


Maksud perkataan kalimah pula ialah "kata atau kata-kata yg tersusun dan berhubungan antara satu dengan yang lain dan mengandungi makna'. Berdasarkan korpus, kalimah banyak berkolokasi dengan Allah, syahadah/syahadat, Allahuakbar, Bismillah, Subhanallah dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan yang lebih tepat ialah kalimah Allah.
Makna19.08.2025

Kembali ke atas