Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.ha.dat] | شهادة

Definisi : Ar 1. kesaksian, pengakuan; 2. = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya; 3. sijil, ijazah, syahadah; bersyahadat 1. mengucapkan kalimah sya­hadat: Ali mesti bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula; 2. = anak tidak ~ anak di luar nikah, anak haram; pensyahadatan perbuatan bersyahadat: upacara ~ beramai-ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ha.dat] | شهادة

Definisi : 1 perbuatan mengaku atau menerima; pengakuan. 2 = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasul-Nya. 3 sijil tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syahadat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
beberapa hari yang lepas saya telah bertanya tentang mengucap syukur atau mengucapkan syukur, pada kedua-dua tersebut, jawapan yang betul adalah berlainan. sekarang saya menjadi keliru. yang mana satu betul? dan apakah maksud perkataan itu?

Mengucapkan syukur bermaksud melafazkan rasa kesyukuran atas sesuatu perkara manakala mengucap lebih kepada maksud menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat.

Tatabahasa07.08.2010
Salam sejahtera, manakah yang lebih tepat dari segi tatabahasa: 1. Kalimah Allah 2. Kalimat Allah
Salam sejahtera,


Perkataan kalimat ditakrifkan sebagai "kata-kata yg disusun utk menyampaikan maksud, memberikan perintah atau membuat pertanyaan". Antara contoh penggunaannya:

- “Kau bantu aku di kebun.” Kalimat Pak Taha itu masih terngiang-ngiang di telinganya.
- Kalimat akhir dari perempuan India itu menimbulkan satu pertanyaan.
- Dalam hatinya terselit harapan agar kalimat anak muda itu kelak akan menjadi kenyataan.
- Terdapat juga kalimat asing yang telah digunakan dengan mantap di kalangan petugas perbukuan.


Maksud perkataan kalimah pula ialah "kata atau kata-kata yg tersusun dan berhubungan antara satu dengan yang lain dan mengandungi makna'. Berdasarkan korpus, kalimah banyak berkolokasi dengan Allah, syahadah/syahadat, Allahuakbar, Bismillah, Subhanallah dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan yang lebih tepat ialah kalimah Allah.
Makna19.08.2025

Kembali ke atas