Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syah.wat] | شهوة

Definisi : Ar keinginan (utk melakukan per­setubuhan), nafsu bersetubuh, keberahian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syah.wat] | شهوة

Definisi : keinginan utk melakukan persetubuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syahwat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Apakah padanan perkataan bahasa Melayu untuk "tabarruj"?Tabarruj ialah perkataan bahasa Arab, secara literalnya bermaksud berhias. Apabila dikaitkan dengan hukum Islam, tabarruj diperluaskan maknanya kepada pertunjukkan keindahan yang dilakukan oleh kaum wanita yang mana pertunjukkan itu dapat menarik perhatian kaum lelaki dari aspek syahwat. Untuk maklumat lanjut, sila bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam hal hukum Islam atau untuk maklumat awal bolehlah merujuk buku agama yang membahaskan tajuk yang tersebut.Makna17.05.2013

Kembali ke atas