Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syair]/[sya.Öir] | شعير

Definisi : 1. sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya): ~ Burung Pungguk; 2. sajak, puisi; bersyair 1. (sedang) menggubah syair; 2. membaca syair dgn berlagu: ramai orang yg mengambil bahagian dlm peraduan ber­syarah, ~, bersajak, dll; mensyairkan ark 1. mengarang syair; 2. membaca syair dgn berlagu, melagukan syair; pensyair penyair; penyair orang yg mengarang syair (sajak), pujangga; kepenyairan segala hal yg berhubungan dgn penyair: nilai tradisi yg teguh dgn ke­agamaan dlm tingkat-tingkat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syair]/[sya.Öir] | شعير

Definisi : karangan bersajak yg terdiri drpd empat baris dan berakhirkan suku kata yg sama bunyinya: ~ Siti Zubaidah. bersyair 1 mengarang syair. 2 membaca syair dgn berlagu. penyair orang yg mengarang syair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syair
Rujuk :puisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya memerlukan beberapa contoh syair yang berkaitan dengan ilmu bagi rujukan anak saya. Minta berikan beberapa contoh rangkap, buku atau sebagainya.

Berikut dilampirkan  sebuah syair berjudul "Kelebihan Ilmu" oleh Pendeta Za'ba.  Untuk mendapat syair-syair lain, sila rujuk buku "Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran" oleh Harun Mat Piah, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

 

 

 

 

 

Lain-lain21.02.2008
Soalan saya, adakah dbp menyimpan tajuk-tajuk kajian yang pernah dibuat oleh sarjana tempatan atau luar terntang syiar bidasari. 2. Adakah syair milik masyarakat melayu tradisonal atau berasal dari arab 3. Bilakah asal kedatangan syair ke malaysia? 4. Adakah syair asal bidasari mempunyai nama pengarangnya yang asal

Untuk makluman saudara, Syair Bidasari telah dikaji secara mendalam oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1989.Beliau telah membuat perbandingan naskhah  lima versi Syair Bidasari. Disamping itu Prof.Madya Dr.Hashim Ismail seorang pensyarah dari Universiti Malaya  ada membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair yang diterbitkan oleh DBP pada tahun  2005.  Saudara juga boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu,Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara tersebut. Antara pegawai yang bertugas yang boleh dihubungi ialah Puan Kamariah Abu Samah ( 03-21481037) atau Puan Fatimah Zahrin( 03-21481044).

Istilah Syair sebenarnya berasal dari Arab atau Parsi tetapi bentuk syair yang wujud dalam kesusasteraan Melayu ialah ciptaan orang Melayu mengikut struktur bahasa Melayu dan cita rasa seni sastera Melayu.  Syair datang atau berkembang ke Malaysia atau ke alam Melayu khususnya sejak kedatangan agama Islam ke Melaka iaitu sekitar abad kelima belas. Syair Bidasari yang asal ( dalam bentuk manuskrip jawi) tidak tertera nama pengarangnya kerana pengarang syair tersebut hanya membahasakan dirinya sebagai "fakir" sebagai tanda merendah diri.

Lain-lain21.07.2010
1. Adakah terdapat kajian tentang syair bidasari oleh sarjana tempatan ataupun luar negara dalam rekod dbp. 2. Jika ada boleh kah saya mendapat maklumat para sarjana tersebut dan tpik apakah yang sarjana kaji dalam syair bidasari. 3. Di manakah naskhah asal syair bidasari didapati? 4. Adakah diketahui siapa penulis syair tersebut? 5. Apakah beza baru dengan baharu? Berikan contoh dalam ayat agar mudah saya memehaminya denganlebih jelas. 6. Guru Besar atau guru besar dari segi ejaan huruf G dan B sama ada besar atau kecil? 7.Tulis huruf besar atau kecil untuk sambutan hari guru atau Sambutan Hari Guru Jumpa lagi.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan kajian tentang Syair Bidasari pada tahun 1989. Buku tersebut diusahakan oleh Puan Jamilah Hj. Ahmad , seorang Pegawai Penyelidik dari Bhg. Kesusasteraan  Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka dan kini beliau telah pun bersara.

Naskhah asal Syair Bidasari boleh ditemui di Royal Asiatic Society, London, School of Oriental and African Studies, London, Cambridge University Library, Cambridge, British Musem, London dan Leiden University Library. Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyimpan salinan naskhah dalam bentuk mikrofilem sahaja.

 

Lain-lain15.07.2010
As salam. Saya nak bertanya jika sajak kita akan sebut mendklimasikan sajak. Jika syair, adakah kita menggunakan istilah mengalunkan syair atau ada istilah yang lebih sesuai? Terima lasihPerkataan mengalunkan syair boleh digunakan selain  bersyair dan melagukan syair.Tatabahasa30.08.2013
1. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian, ulasan dan sebagainya yang berkaitan tentang syair bidasari ini? 2.Sejauh simpanan maklumat DBP, berapa banyakkah kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana terhadap syair bidasari?Untuk makluman saudara, berhubung dengan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian tentan Syair Bidasari , dicadangkan supaya saudara menghubungi Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atau Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM,Bangi. Berdasarkan maklumat yang ada Syair Bidasari telah dikaji oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad, seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1089. Prof.Madya Hashim Ismail, seorang pensyarah dari Universiti Malaya juga membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme Yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair. Buku ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005.Lain-lain28.07.2010
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelesan terperinci perbezaan ciri-ciri antara pantun dengan syair. Sekian, terima kasihPuan,

Pantun dan syair ialah puisi Melayu tradisional yang masing-masing mempuanyai ciri-ciri tertentu.
 Ciri-ciri pantun antaranya
-Struktur pantun mempunyai  iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang biasanya gambaran alam manakala maksud gambaran dan sifat dan sikap manusia.
- pantun ada pantun 2 kerat ( 2 baris serangkap),  4 kerat, 6 dan lapan. Tatapi yang popular digunakan 2 dan 4 kerat.
-jumlah kata 3 - 5 perkataan dan jumlah suku kata 8 - 12 suku kata.
-Skema rima di tengah atau hujung baris adalah berjajar berselangan, ab;ab, terdapat juga skema rima aa;aa.
-setiap rangkap mempunyai idea yang lengkap.
-penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.

syair,
- empat baris serangkap
- jumlah kata dan suku kata sama dengan suku kata pantun
-skema rima hujungnya sama aa;aa
-keempat-empat baris dalam rangkap ialah kesatuan idea, namun rangkap tidak dapat berdiri sendir dan diikuti rangkap seterusnya membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran.  Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional  karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.

Sekian,
Zabidah Yahya.
Sastera17.04.2012
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'?

Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

 

 

Lain-lain18.05.2010
salam...soalan sy ialah apakah sumbangan hamzah fansuri. tidak kisah sumbangan dari segi apa2 pn,terima kasih

Hamzah Fansuri hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV (1589-1604 Masihi). Beliau lahir di sebuah kampung bernama Fansur. Pada zaman Kesultanan Acheh, Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di Acheh. Hamzah Fansur pernah memangku jawatan ulama dan penasihat kepada sultan. Beliau juga dikenali sebagai pengamal ilmu tasawuf beraliran Wahdatul Wujud dan pengikut Tariqat Qadiriyah. Beliau telah menghasil pelbagai karya agama dan sastera seperti antaranya Syair Burung Punggok, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir, Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syarab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Cinta Tuhan), Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana) dan al-Muntahi.

Untuk mengetahui lagi tentang tokoh Hamzah Fansuri, sila dapatkan atau rujuk buku "Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik" diterbitankan oleh DBP, 1987.

Lain-lain22.01.2010
saya ingin mengetahui maksud "di lata" secara lebih mendalam yang diguna pakai dalam syair menyambut pelajaran (buku komsas tingkatan 1). Setakat ini saya sukar untuk mengaitkan perkataan tersebut dalam syair untuk diterangkan kepada anak murid saya.

Berdasarkan maksud 'Syair Menyambut  Pelajaran', frasa "di lata" yang dimaksudkan ialah

taraf yang terkebawah.

Lain-lain26.04.2008
Bolehkan saya menghantar karya seperti sajak,pantun dan syair saya ke sini?Adakah saya akan mendapat apa-apa ganjaran?Apakah alamat surat-menyurat untuk menghantar karya saya?

Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya karya saudara adalah untuk bacaan dewasa.  Jika untuk tatapan kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.  Karya tersebut sama ada sajak, pantun, atau syair mestilah dalam bentuk manuskirp yang jumlahnya tidak kurang daripada 100 buah untuk sajak.  Manakala syair dan pantun bergantung pada tema, setiap tema pantun mestilah tidak kurang daripada 500 rangkap pantun dan syair pula tidak kurang daripada 150 halaman untuk setiap syair

Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara tidak berhajat untuk menerbitkannya dalam bentuk buku.

 Setiap karya yang dipilih untuk diterbitkan dalam bentuk buku, akan diberikan ganjaran dalam bentuk royalti, manakala jika disiarkan dalam majalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, akan diberikan ganjaran dalam bentuk honorarium.

Lain-lain29.05.2010
12345

Kembali ke atas