Penjodoh bilangan bagi malaikat dan syaitan. | Untuk makluman puan, bukan semua perkataan perlu diberikan penjodoh bilangan, antaranya malaikat dan syaitan. | Lain-lain | 03.05.2018 |
apakah penjodoh blangan bagi jin, syaitan dan malaikat? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Dalam pangkalan data kami ada maklumat tentang penjodoh bilang jin dan syaitan, iaitu seekor tetapi tidak ada penjodoh bilangan bagi malaikat. | Tatabahasa | 21.06.2013 |
salam... semoga pihak DBP boleh membantu saya. S: adakah DENGAN atau KEPADA yang lebih tepat? contoh ayat: saya berlindung (kepada/dengan) Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam. | Mengikut laras yang sedia ada ayat yang betul ialah: Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam. | Tatabahasa | 05.05.2008 |
Tuan, antara pasangan ejaan berikut, yang manakah lebih sesuai dengan jalan bahasa Melayu? 1. rahsia - rahasia; 2. khabar - kabar; 3. khamis - kamis; 4. syaitan - setan; 5. syurga - surga. Antara "rahsia" dengan "rahasia", "rahasia" sepatutnya ejaan yang baku kerana berasal daripada kata Sanskrit "rahasya" yang disesuaikan ejaan sy Sanskrit kepada si bahasa Melayu. Penghilangan a di antara h dengan s dalam "rahasia" menjadi "rahsia" tidak ada sebab munasabah. Antara "khabar" dengan "kabar", saya berpendapat bahawa "kabar" lebih sesuai dengan bunyi bahasa Melayu. "Kabar" berasal daripada bahasa Arab "khabar" yang disesuaikan bunyi kh Arab kepada k bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, tidak adalah bunyi kh, oleh itu bunyi k bahasa Melayu dipadankan. Antara "khamis" dengan "kamis", "kamis" lebih sesuai dengan sebutan lidah Melayu. "Kamis" berasal daripada bahasa Arab "khamis", konsonan rangkap Arab kh disesuaikan kepada konsonan jati bahasa Melayu k. Antara "syaitan" dengan "setan", "setan" lebih baku kerana sy bunyi Arab tidak ada dalam bahasa Melayu, oleh itu dipadankan dengan s yang lebih dekat dengan sebutan bahasa Melayu. Antara "syurga" dengan "surga" pula, "surga" nyata ejaan yang lebih cocok dengan jalan bahasa Melayu kerana bunyi s bunyi bahasa Melayu. Bunyi sy dalam "syurga" tidak cocok dengan bunyii bahasa Melayu kerana hanya dilafalkan dalam Arab. | Tuan, Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Ejaan bahasa Melayu dibentuk berdasarkan pelbagai elemen yang telah ditetapkan dengan penambahbaikan sekiranya terdapat perkataan baharu yang diterima atau diserap dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | Ejaan | 08.06.2017 |
Masih dengan persoalan "antara...dan" dan "antara dengan". Adakah "antara...dengan" digunakan dlm kes perbandingan? Bagaimana pula dengan contoh ayat di bawah? 1) PErkahwinan antara William and Carol berakhir dengan perceraian. 2) Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dan umat-Nya. | Kata sendi 'antara' perlu diikuti oleh kata sendi nama 'dengan' atau kata hubung 'dan'. Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Perkahwinan antara William dengan Carol berakhir dengan perceraian dan Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dengan umat-Nya'. Penerangan dan contoh penggunaan kata sendi 'antara' diikuti kata hubung 'dan' telah diberikan sebelum ini. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
bolehkah saya mendapatkan sajak bertajuk "sajak dan iblis" karya sabar bohari??? | Terima kasih atas soalan saudara. Saudara boleh merujuk di majalah Mastika keluaran Mei 1967 yang bertajuk "Syaitan dan Iblis". Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, tingkat 3, Menara DBP untuk mendapatkan bahan ini. Sekian terima kasih | Lain-lain | 08.10.2010 |
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta? | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat. | Tatabahasa | 14.02.2019 |
Selamat sejahtera Tuan. Tuan, saya menghantar pertanyaan tentang ejaan kabar atau khabar; kamis atau khamis sekali lagi dalam WordPad kerana tambahan ada. Sila rujuklah Wordpad yang terlampir. | Salam Sejahtera tuan/puan. Untuk makluman tuan/puan, ejaan baku yang diterima pakai di Malaysia ialah rahsia, khabar, khamis (hari), kamis (kemeja), syaitan, setan (bahasa percakapan) dan syurga. Perbezaan ejaan telah dipersetujui bersama antara negara anggota dalam MABBIM, iaitu Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesi-Malaysia. MABBIM merupakan badan kebahasaan serantau yang merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia. Sekian. Terima kasih. | Ejaan | 08.06.2017 |
Salam sejahtera. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kebanyakan orang mempunyai iman mereka sendiri. 2. Kita harus mempunyai iman. Terima kasih. | Iman dalam konteks umum bermaksud ketetapan hati dan dalam konteks khusus (istilah agama) iman ialah keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan. Ayat contoh yang saudara berikan tidak gramatis. Contoh penggunaan iman, walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun imannya tidak bergoncang dan Orang-orang yang beriman akan selamat di dunia dan di akhirat. | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |