1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih. | Saudara, 1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2. Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin. Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris. | Tatabahasa | 23.10.2010 |
6Filem arahan sutradara terkenal itu __________ persoalan tentang kepentinganmemelihara khazanah alam. Amenjelaskan Bmerakamkan Cmelakarkan Dmenyampaikan munsyi, saya syak dengan jawaban yang tepat, haraplah munsyi memberikan sedikit penerangan. TK | Filem arahan sutradara terkenal itu menjelaskan persoalan tentang kepentinganmemelihara khazanah alam. Lihat melihat makna menjelaskan layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menjelaskan. | Tatabahasa | 05.04.2012 |
apa ertinya TOMAHAN? sila beri definasi yang tepat dan sekurang-kurangnya satu contoh perkataan yang menggunakan tomahan. terima kasih. | tohmahan bermaksud tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan yg melulu: cth ayat, dia tidak terlepas drpd tohmahan mereka; | Makna | 30.10.2007 |
jika di dalam penulisan ilimiah, bagaimanakah penulisan huruf 'A' dalam Al Qur'an, atau kitab Al-Ma'thur. misal kata begini. "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa' (Al-Baqarah 2:2) al baqarah ditulis sebagai al-Baqarah atau Al-Baqarah? | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari dan al-Baqarah. | Tatabahasa | 17.07.2013 |
APE PERKATAAN YG SAMA ERTI DGN PERKATAAN DUGAAN DAN SANGKAAN | Saudara Liana, Perkataan dugaan sama erti dengan agakan, tekaan, ramalan, telahan, ujian dan cubaan, manakala perkataan sangkaan sama erti dengan dugaan, keraguan, kekhuatiran dan syak. | Makna | 29.04.2010 |
saya seorang pembantu tadbir yang sedang bertugas di sebuah sekolah cina di ipoh. saya ingin mengetahui apa ertinya perkataan 'tomahan'. dan sekiranya boleh, buat satu ayat yang menggunakan perkataan ini supaya saya dapat memahaminya dengan lebih mendalam. ada orang yang kata tomahan itu tuduhan, saya agak keliru. diharap mendapat penjelasan daripada tuan. sekian, terima kasih | tohmahan bermaksud tuduhan yangg berdasarkan syak wasangka atau tuduhan yang melulu contoh ayat Dia tidak terlepas daripada tohmahan mereka. | Tatabahasa | 30.10.2007 |