Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keterangan, huraian, penjelasan, ulasan; 2. = syarahan ceramah, pidato; bersyarah memberi ceramah, berpidato, ber­ucap: ia hendak ~ kpd pengundi-pengundi pd masa pilihan raya; mensyarahkan membicarakan sesuatu per­kara (dlm bentuk syarahan), mencera­mahkan: beliau juga meneliti pemikiran­pemikiran lama Yunani dan ~nya; syarahan 1. ceramah, pidato, ucapan: ia men­dengar ~ gurunya dgn tekun; 2. pelajaran yg diberikan di universiti, kuliah; pensyarah 1. orang yg memberikan syarahan (ceramah), penceramah; 2. guru di universiti, orang yg memberikan kuliah: saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
syarah
Kata Terbitan : bersyarah, syarahan, pensyarah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. AssalamualaikumAwalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161.Tatabahasa12.09.2011

Kembali ke atas