Haram di sisi syarak atau Haram pada sisi syarak? | Haram di sisi syarak. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Salam. Saya ingin bertanya, adakah panduan untuk penggunaan perkataan-perkataan berikut dalam sesuatu ayat: syariat, syariah, syarii, dan syarak? Terima kasih. | Syariat, syariah dan syarak ialah perkataan yang sama dalam bahasa Arab yang bermaksud hukum Islam, sebutannya berbeza kerana kedudukan (pada awal, tengah atau akhir ayat) dan fungsi kata tersebut dalam ayat bahasa Arab, manakala syarii bermaksud mengikut hukum Islam. | Istilah | 09.06.2011 |
apakah maksud fatwa? | Fatwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan; memfatwakan memberikan fatwa. | Makna | 18.01.2013 |
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih. | Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); | Tatabahasa | 28.08.2013 |