Adakah perkataan di bawah merupakan kata nama khas? 1. syariah 2. portfolio syariah | Perkataan “syariah” dan “portfolio syariah” bukan kata nama khas. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2195 dan 1744. | Ejaan | 19.12.2024 |
salam, "jenayah syariah" atau "Jenayah Syariah"? terima kasih. | Dalam bentuk kata umum ejaan yang betul ialah jenayah syariah. | Ejaan | 29.03.2012 |
Adakah Mahkamah Syariah kata nama khas? Mahkamah Tinggi Syariah boleh dianggap sebagai kata nama khas? | Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 22.09.2024 |
Yang manakah ejaan dan istilah yang tepat, "Saya merupakan mahasiswa Tahun Dua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa tahun dua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa Tahun Kedua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa tahun kedua, fakulti Syariah Islamiah". Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "Saya merupakan mahasiswa tahun kedua, Fakulti Syariah Islamiah." | Tatabahasa | 03.02.2023 |
produk berteraskan syariah | produk berteraskan syariah | Tatabahasa | 10.09.2008 |
salam, sy keliru yang manakah benar? 1.Undang-Undang di Malaysia atau Undang-ndang di Malaysia 2. Undang-undang Syariah atau Undang-Undang Syariah? | Ejaan yang betul ialah Undang-undang di Malaysia dan Undang-undang Syariah. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Adakah penggunaan imbuhan "me" dan "kan" dibenarkan untuk perkataan " bumi" (membumikan)?. Contoh penggunaan judul buku : Membumikan Syariah atau maksudnya memasyarakatkan syariah. Adakah benar maksudnya begitu?. Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Perdana, membumikan bermaksud mengukuhkan dan mengembangkan. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan membumikan boleh digunakan dalam konteks seperti ayat berikut Kempen Kefahaman Syariah dilihat sebagai usaha untuk membumikan kesedaran undang-undang Islam dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 06.09.2022 |
persoalan berkaitan penggunaan perkataan mahkamah syariah dalam ayat perlu huruf besar ke? contoh ayat: didapati kes tersebut diadili di mahkamah syariah petang esok. Bagaiman pula penggunaan dalam ayat ini Mahkamah Syariah Kota Bharu perlu huruf besar ke terima kasih | Perkataan mahkamah syariah tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, jika perkataan tersebut digandingkan dengan nama tempat, negeri atau yang seumpamanya, maka perkataan tersebut menjadi kata nama khas dan perlu dieja dengan huruf besar. Contohnya, Mahkamah Syariah Kota Bharu. | Tatabahasa | 29.07.2020 |
1) Ejaan yang betul bagi perkataan SYARIAH dalam versi Bahasa Melayu dan English? 2) Ejaan yang betul bagi perkataan SYARIAHuntuk diguna pakai secara domestik dan internasional? | Ejaan yang betul ialah "syariah". DBP tidak dapat memberikan maklumat yang sahih tentang penggunaan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan semakan di Internet menemukan dua bentuk ejaan , iaitu syaria dan syariah. Penulisan di Malaysia lebih banyak menggunakan ejaan syariah, seperti akta Syariah Criminal Offences. | Ejaan | 16.08.2016 |
CSR:Ceramuh Syariah dan Rungkaian | CSR:Celaru,Syariah dan Rungkaian | Istilah | 08.03.2011 |