Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.ri.fah] | شريفة

Definisi : Ar perempuan keturunan Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syarifah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syeryfah Farid Oct 24th, 9:56am ssalammualaikum w.b.t, Salam sejahtera tuan/puan, Saya bernama Syarifah Jariah Farid, 22, merupakan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia. Saya sebenarnya diberikan tugasan oleh pensyarah untuk mencari majalah yang sesuai bagi menerbitkan rencana/artikel yang saya tulis. Oleh itu, sudilah kiranya pihak DBP membaca dan menilai artikel saya ini. Saya berasa artikel ini sesuai dimuatkan dalam majalah DBP. Namun demikian,saya berharap Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan sebarang cadangan untuk membolehkan saya terbitkan artikel ini di majalah. Sekian, terima kasih. Wassalam. p/s: Boleh saya dapatkan alamat emel untuk hantar artikel.Asalammualaikum Puan, Puan boleh menghantar artikel terus kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, azmi@dbp.gov.my atau terus kepada editor majalah yang telah dikenal pasti. Sebelum menghantar artikel kepada DBP, puan haruslah berkenalan terlebih dahulu dengan majalah DBP. Kena lpasti majalah dan sasaran pembaca serta isu yang hendak dikupas supaya memudahkan puan menulis artikel kerana DBP menerbitkan 11 majalah untuk keperluan pelanggan. Artikel yang ditulis mestilah ditulis dalam bahasa melayu yang baik, berkualiti dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penerbitan majalah DBP. Tidak salah untuk puan mencuba, malah kami amat mengalu-alukan artikel daripada penulis. Terima kasih.Lain-lain24.10.2014
Para tokoh DBP yang saya sanjungi sekalian. Berdasarkan hukum dan peraturan Tatabahasa, selepas perkataan "memberi" jika ada OBJEK TIDAK BERNYAWA, adakah saya perlu menambah akhiran -kan di belakang memberi dan menjadikan perkataan tersebut "memberikan"? Contoh: 1. Saya memberikan tuisyen kepada kawan saya. atau 2. Saya memberi tuisyen kepada kawan saya. Saya berasa bahawa perkataan "memberi" tanpa akhiran -kan hanya digunakan apabila belakang perkataan memberi terdapat OBJEK BERNYAWA. Seperti: Cikgu Syarifah mengajar saya mata pelajaran bahasa Melayu. Dalam ayat tersebut, objek, iaitu "saya" merupakan OBJEK BERNYAWA. Jadi "memberi" adalah sesuai. Jika menggunakan "memberikan", adakah ayat saya tersebut salah? Terima kasih.

Dalam Kamus, cukup terang diberikan makna memberi dan memberikan. Kamus Terbitan khas KBSM, DBP menerangkan:

 

·  memberi-menyebabkan seseorang menerima sesuatu.

   Contoh:Ia memberi anak-anaknya wang saku.

 

·  Memberikan-menyerahkan sesuatu kepada.

   Contoh: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

 

Maka ayat yang betul bagi soalan yang dikemukakan ialah:

·  Saya memberikan tuisyen kepada kawan saya.

Tatabahasa27.04.2014

Kembali ke atas