Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®sayid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syed


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dimanakah saya boleh dapatkan profil Dato' Syed Alwi dan Datuk Syed Ahmad Jamal?Profil Dato' Syed Alwi boleh dirujuk pada buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga terbitan DBP, 2005 manakala profil Datuk Syed Ahmad Jamal (penerima anugerah Seniman Negara) bolehlah dirujuk ke Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KPKKW). Sekian.   Lain-lain15.08.2008
Gelaran untuk perkataan awalan bagi syed, raja dan sebagainya.Sapaan lisan kepada orang yang disapa seperti syed ialah tuan syed, manakala bagi raja disapa dengan gelaran tuanku. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa, terbitan DBP. Istilah18.02.2010
BOLEHKAN SAYA MENDAPAT TAHU PANGGILAN UNTUK SESEORANG YANG MEMPUNYAI NAMA SYED ? JIKA SESEORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI NAMA SYED ADALAH ENCIK, MAKA ADAKAH SYED PERLU MELETAKKAN PANGGILAN TUAN DI HADAPAN DI DALAM SURAT MENYURAT RASMI ?

Pengirim surat hendaklah menyapa orang yang mempunyai gelaran syed dengan sapaan tuan dalam kandungan surat manakala sapaan encik pula perlu digunakan pada bahagian nama dan alamat penerima surat tersebut. Terima kasih.   

Tatabahasa09.01.2009
Boleh saya tahu latarbelakang tokoh DBP Tun Dr. Tun Syed Nasir?Tun Syed Nasir lahir di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan menerima pendidikan awal di sekolah Inggeris kerajaan di Batu Pahat. Beliau dilantik menjadi Pegawai Pelajaran Melayu Persekutuan pada Februari 1956 dan kemudiannya menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957, menggantikan tempat Prof. Ungku Aziz. Antara jasa beliau adalah menerajui DBP dalam pertemuan penyamaan ejaan Malaya - Indonesia dan pengasas Bulan Bahasa Kebangsaan. Atas jasa sebagai pejuang bahasa kebangsaan beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktpr Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jun 1978. Beliau kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 1982Lain-lain12.04.2007
asas sain sosial,definisi sosiologi,jenis kelompok, struktur kelompok,dyad,triad dan tekanan dalam kelompok.

Sdr Fatin,

Sila sdr merujuk buku ini:

TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN | |TERPERINCI

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Syed">Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1998 | 302.23072 Sye | Terperinci

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Syed">Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1992 | 302.23072 Ara | Terperinci

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Syed">Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2002 | 302.23072 Sye |

 

 

Lain-lain23.01.2008
Mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata sapaan bagi individu yang bergelar nik,engku,ku,syed,megat,tuan,tengku,tunku, wan. Mana satu yang layak menggunakan Yang Mulia di awal nama.....

Jika individu yang bergelar nik, engku, ku, syed, megat, tuan, tengku, tunku dan wan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan. Walau bagaimanpun jika empunya nama tersebut daripada kalangan kerabat diraja, maka gelaran yang digunakan ialah Yang Mulia. 

Lain-lain21.09.2011
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | Syed">Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Syed Ibrahim">Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008
bincangkan slah satu adat resam dan tabu masyarakat melayu dahulu dan kini

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut:

Adat resam dan adat istiadat MelayuSyed">Alwi Sheikh Al-Hadi, SyedDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1986390.09595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat MelayuSyed Alwi Sheikh Al-Hadi">Syed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960390.09595 AlwTerperinci
Adat Resam dan Adat Istiadat MelayuSyed Alwi Sheikh Al-Hadi">Syed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1978301.29595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat MelayuSyed Alwi Sheikh Al-Hadi">Syed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1980390.9595 AlwTerperinci
Adat resam Melayu dan adat istiadatSyed Alwi Sheikh al-Hadi">Syed Alwi Sheikh al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960NA 301.09595 SyeTerperinci
Asal Usul Adat Resam MelayuH.M. SidinPenerbitan Pustaka Antara1964301.539 SidTerperinci

Lain-lain03.05.2008
senarai nama sasterawan negara keseluruhanSenarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar)Lain-lain11.11.2007
saya ingin membuat permohonan bagi mendapat pengesahan penggunaan bahasa bagi iklan papan tanda perniagaan .Kedai saya terletak dalam bangunan Tar Plaza.Nama perniagaan kedai saya ialah SYED LIN TEXTILESila lampirkan iklan saudara di medan "Khidmat Pengesahan Bahasa".Lain-lain27.09.2011
123

Kembali ke atas