Penggunaan Kata Nama Khas surat rasmi Sekiranya nama seseorang individu itu pangkalnya adalah Syeikh @ Syed. Adakah didalam surat rasmi adalah seperti berikut? Cthnya adalah : Betul: Tuan Syeikh @ Tuan Syed Salah : Encik Syeikh @ Encik Syed Terima kasih | Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'bin' (huruf besar/kecil) di dalam sub tajuk. Contoh : Syeikh Muhammad Bin Abd Wahhab atau Syeikh Muhammad bin Abd Wahab? Sekian, terima kasih. | Dalam konteks penggunaan seperti yang puan nyatakan perkataan ‘bin’ ejaan yang betul ialah Syeikh Muhammad bin Abd Wahab. | Tokoh | 10.12.2014 |
maksud advokasi? dan maksud proklamasi? tk | Tuan Syeikh, Advokasi bermakna pengakuan manakalala proklamasi pula ialah pengumuman | Makna | 20.08.2010 |
Muhammad Suhaimi Apr 14th, 9:24am Assalamualaikum Tuan/Puan, Pada 9 Mei 2015 (Sabtu) akan datang kami Akademi Intelektual Muda (AIM) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Syeikh Muhammad Abduh di Institut Pendidikan Guru Bangi. Bagaimana sekiranya kami ingin menjemput Ujana Buku DBP untuk turut memeriahkan ruang pameran kepustakaan pada hari program berkenaan? Terima kasih. MUHAMMAD BIN SUHAIMI 019 3977213 | Sila hubungi Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP melalui ketuanya Encik Azhar Mohamad Dora, di talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.04.2015 |
Apa maksud perkataan matan dalam ayat di bawah? "Melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya." | Makna bagi kata "matan" yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1428) ialah: matan1 kata nama 1 naskhah asli, teks pidato, syarahan dan lain-lain: Manuskrip ini merupakan gabungan matan dan syarah tulisan tangan asli Syeikh Ahmad al-Fathani. Matan ilmu asing ini ditulis semula dalam bahasa ibunda. 2 nas yang terdapat pada akhir sanad; 3 erti atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya: Kira-kira begitulah matan ucapannya. Hadis yang keliru dari segi sanad atau matan mewujudkan perselisihan dalam kalangan ulama dan menyebabkan terhasilnya perbezaan fatwa. matan2 Kelantan kata adverba kira-kira atau lebih kurang. matan3 Minangkabau kata nama bahagian tengah kayu yang paling keras. Jadi, "matan" dalam ayat "... melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya" bermaksud mempunyai naskhah asli, mempunyai erti, nas atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya.
| Makna | 14.05.2024 |