ADAKAH DISYIF ATAU DI SYIF? | Dalam data kami, tiada perkataan disyif. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan syif yang bermaksud kumpulan yang bekerja (misalnya di kilang) bergilir-gilir dengan kumpulan lain; 2. tempoh kerja yang dijadualkan: minggu depan saya bekerja syif malam. Bagi penggunaan kata hubung, penggunaan yang boleh digunakan ialah kata hubung pada. | Tatabahasa | 16.02.2017 |
shif atau syuf | Ejaan yang betul ialah Syif : Kamus Dewan mentakrifkan kata syif ; 1. kumpulan yg bekerja (mis di kilang) bergilir-gilir dgn kumpulan lain; 2. tempoh kerja yg dijadualkan: minggu depan saya bekerja ~ malam. | Makna | 06.04.2009 |
Sila komen penggunaan kata sendi daripada/kepada dalam ayat ini : "Masa kerja saudara akan diubah daripada syif 8.00 pagi – 5.00 petang kepada syif 9.00 – 6.00 petang." Terima kasih | Penggunaan kata sendi nama dalam ayat tersebut betul. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 02.06.2010 |
Minta jasa baik dari pihak tuan untuk menyemak (banner) kain rentang seperti yang di lampirkan. terima kasih. | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun berjaya diaktifkan. Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan) dan buat bayaran setelah permohonan iklan berjaya didaftarkan. Bagi visual iklan yang dilampirkan, sila buat pembetulan seperti yang berikut: 1. RM2000 - RM2800 2. Termasuk Kerja Lebih Masa dan Insentif 3. HANTARKAN XXX MELALUI: 4. Setiap simbol & perlu dieja penuh, dan atau DAN 5. Jarakkan ejaan TEMU DUGA 6. CUTI TAHUNAN 7. ELAUN SYIF 8. SUBSIDI KANTIN Walau bagaimanapun, pembetulan ini bergantung pada catatan pelanggan yang akan diberikan oleh petugas semakan iklan. | Lain-lain | 19.10.2021 |