| Hi, saya ada satu soalan...apakah terjemahan yang terbaik untuk "Sync" atau "Synchronize"? | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan data kami, padanan bahasa Melayu untuk perkataan synchronize ialah menyamakan atau menyelaraskan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 19.01.2018 |
| Saya ingin mencadangkan perkataan komunikasi multi bagi perkataan "multicommunicating". "Multicommunicating" adalah satu perlakuan di mana individu terlibat dalam perbualan "nearly synchronize" melalui perantaraan teknologi komunikasi seperti facebook, emel, sistem perkhidmatan pesanan segera mudah alih, video conference dsb. Sebagai contoh, seorang pegawai sedang bermesyuarat tetapi dalam masa yang sama beliau juga sedang berkomunikasi melalui WhatApps dengan anak beliau di rumah. | | Terima kasih atas maklumat tersebut. Untuk makluman, tuan boleh memasukkan maklumat tersebut dalam portal Gerbang Kata untuk berkongsi maklumat dengan Bhg. Perkamusan, DBP dan juga untuk tindakan kami selanjutnya. Tuan boleh melayari http://ekamus.dbp.gov.my/ untuk lebih lanjut mengenai gerbang kata DBP. | | Lain-lain | 27.12.2013 |