Bagaimana untuk saya menterjemahkan istilah ini: "sick building syndrome" (SBS) dan "building related illness" (BRI) Adakah betul dengan menyatakan sebagai: Sindrom bangunan sakit dan penyakit berkaitan bangunan | Untuk makluman, istilah 'sick building syndrome' atau 'building related illness' tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk kedua-dua istilah tersebut ialah penyakit berkait bangunan. | Istilah | 06.04.2011 |
Apakah saranan untuk terjemahan bagi 'baby blues'? | Dalam bahasa Melayu, terdapat konsep "meroyan" yang merujuk gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dan lain-lain. Sekiranya sesuai, konsep atau istilah ini boleh digunakan. Sekiranya berbeza, terjemahan yang boleh dilakukan dengan mengambil konsep asal "baby Blues", iaitu postpartum blues atau postpartum distress syndrome, perkataan ini boleh diterjemahkan kepada kemurungan pascapartum atau kemurungan lepas bersalin.
| Penyemakan dan penterjemahan | 16.12.2019 |