| assalamualaikum tuan, untuk makluman tuan, saya kini dalam tindakan untuk menyediakan sighah fatwa dalam versi jawi bagi tujuan pewartaan, sehubungan dengan itu, mohon pengesahan berhubung ejaan jawi bagi beberapa perkataan berikut: 1) enakmen 2) syiah 3) takaful 4) kedudukan 5) kalimah 6) akidah 7) Islam 8) ajaran 9) lain-lain 10) syubhah 11) sperma, embrio dan ovum segala kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai. | Seperti Lampiran. | Ejaan | 23.07.2013 |
| Saya mempunyai pertanyaan tentang kesesuaian untuk tagline company | Perkataan wara atau wara’ tiada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). Perkataan warak pula bermaksud taat kepada perintah Allah SWT, kuat beribadat dan menjauhi perkara yang dilarang Allah SWT dan segala perkara yang syubhah. Berhubung dengan slogan dalam bahasa Inggeris Green Wara’, Quality for All, tidak diperakui dan perlu diterjemah dalam bahasa Melayu mengikut konteks yang bersesuaian. Pihak DBP hanya menyemak slogan dalam bahasa Melayu. Mohon hantar semula slogan dalam bahasa Melayu yang bersesuaian dengan konteks aktiviti badan/institusi tersebut untuk kami semak dan memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2509. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.12.2025 |