Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ jannah = ~ jannat alam akhirat (tempat roh manusia yg baik-baik dan banyak membuat pahala ketika di dunia), tempat balasan pahala dan tempat mengecap nikmat Tuhan yg kekal; ~ dunia segala rupa kenikmatan (kesenangan, kebahagiaan) di dunia; kesyurgaan segala yg berkaitan dgn syurga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alam akhirat tempat roh manusia merasai nikmat kerana keimanannya (kebaikannya) di dunia. ~ dunia segala kenikmatan, kebahagian keseronokan dsb di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syurga

Puisi
 

Ada rasa berisi pandan,
     Hendak menganyam tikar sembahyang;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Di situlah tempat berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(30)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana yang betul: a) di dalam syurga b) dalam syurga c) di syurgaFrasa yang betul ialah "di syurga" dan "dalam syurga" kerana merujuk kepada tempat dan ruang yang abstrak.Tatabahasa13.09.2011
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seperti pada halaman 346,pada kata nama 'detik' yg berimbuhan 'terdetikkan', penggunaan ejaan seperti nama-nama syurga dimulakan dengan huruf kapital. Adakah penggunaan khusus bagi nama-nama syurga dan neraka itu menggunakan kapital pada pangkalnya?Nama-nama syurga dan neraka tergolong dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.Tatabahasa02.06.2008
"Syurga itu di bawah telapak kaki ibu' dikategorikan sebagai apa ya? Bolehkan dikategorikan sebagai peribahasa? Terima kasih.Ungkapan 'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu' bukan peribahasa Melayu. Ungkapan ini merupakan kata hikmat yang sering digunakan sebagai tajuk karya, cerita dan sebagainya. Lain-lain02.02.2011
Helo, saya tak mencari maksud peribahasa yang berikut dalam Kamus Dewan. 1. perempuan perasan, lelaki pemalu Apakah maksudnya? 2. Jangan _________ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." A sekali-sekali B sekali-kali C sesekali

1. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

2. Jangan _____ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." - jawapannya A. sekali-sekali dan C. sesekali

Tatabahasa21.10.2010
Saya ingin menulis novel dan ingin menerbitkan melalui DBP. Dbp telah menerbitkan novel pertama saya yang bertajuk Mahligai Syurga melalui karyanet. Tetapi sekarang saya tidak dapat menyumbang novel baru saya melalui karyanet. Sila beri paduan kepada saya bagaimana hendak menerbitkan novel.Saudara boleh menghantar manuskrip saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Petia Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, jika karya saudara adalah karya dewasa, tetapi jika karya saudara untuk kanak-kanak atau remaja, saudara boleh menghantarnya kepada Ketua Pusat, Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain05.05.2009
Adakah perkataan PARADIS terjemahan dari perkataan Inggeris, PARADISE?Perkataan paradise tidak diterjemahkan sebagai paradis tetapi diterjemahkan  sebagai syurga. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.Makna30.05.2009
apakh maksud nasuha?

Nasuha merupakan nama satu watak dalam suatu kisah benar. Dalam cerita tersebut Nasuha telah membuat sesuatu kesalahan dan apabila dia menyedari akan kesalahan tersebut beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat yang tiada orang sebelumnya bertaubat sepertinya. Taubatnya itu diterima Allah. Dan namanya itu sering dikaitkan dengan taubat: 'Taubat Nasuha' yang bermaksud "semurni-murni taubat". Dalam surah at-Tahrim ayat 8, Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'taubat nasuha', Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai

Makna18.05.2009
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008

Kembali ke atas