Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.Öa.kul]/[taÖ.kul] | تعقول

Definisi : Ar hal membuat pertimbangan dan peni­laian dgn menggunakan akal, tinjauan akal; menaakul membuat pertimbangan dll dgn logik: di dlm buku-buku itu Bacon telah me­ngemukakan cara ~ menurut kaedah induksi; taakulan hasil menaakul; penaakulan perbuatan menaakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.Öa.kul]/[taÖ.kul] | تعقول

Definisi : perihal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal. menaakul membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal atau logik. taakulan hasil menaakul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taakul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud taakulTaakul: hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal;Makna01.07.2009
Memandangkan perkataan serapan Arab seperti taasub, taaruf dan taakul dieja sebegitu kerana asal huruf Ain adalah berbaris hidup, yakni bukan menjadi ejaan *taksub, *takruf, dan takkul, mengapakah perkataan takluk tidak dieja taaluk?Bagi kata serapan Arab, ejaan kata dalam bahasa Melayu telah diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2001 dan 2016). Antara keselarasan ejaan baharu ialah kata takluk, takrif, takzim, takziah, takwil dan sebagainya. Kebanyakan kata tersebut telah mantap ejaan dan sebutannya dalam bahasa Melayu, serta digunakan secara meluas dalam korpus penggunaan bahasa kita.

Untuk rujukan yang terbaharu, sila dapatkan kamus terbitan DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Ejaan10.08.2023
salam, lazimnya perkataan "taksub" lebih dikenali daripada perkataan "taasub" (dalam Kamus Dewan ejaan "taasub"). Saya keliru, antara dua perkataan tersebut yang manakah lebih baik digunakan dalam teks?Penggunaan kata yang betul taasub seperti entri yang terdapat dalam Kamus Dewan. Penyerapan perkataan Arab yang mempunyai bentuk visual yang hampir sama dengan taasub ialah taaruf dan taakul.Tatabahasa26.03.2012

Kembali ke atas