Memandangkan perkataan serapan Arab seperti taasub, taaruf dan taakul dieja sebegitu kerana asal huruf Ain adalah berbaris hidup, yakni bukan menjadi ejaan *taksub, *takruf, dan takkul, mengapakah perkataan takluk tidak dieja taaluk? | Bagi kata serapan Arab, ejaan kata dalam bahasa Melayu telah diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2001 dan 2016). Antara keselarasan ejaan baharu ialah kata takluk, takrif, takzim, takziah, takwil dan sebagainya. Kebanyakan kata tersebut telah mantap ejaan dan sebutannya dalam bahasa Melayu, serta digunakan secara meluas dalam korpus penggunaan bahasa kita. Untuk rujukan yang terbaharu, sila dapatkan kamus terbitan DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 10.08.2023 |
salam, lazimnya perkataan "taksub" lebih dikenali daripada perkataan "taasub" (dalam Kamus Dewan ejaan "taasub"). Saya keliru, antara dua perkataan tersebut yang manakah lebih baik digunakan dalam teks? | Penggunaan kata yang betul taasub seperti entri yang terdapat dalam Kamus Dewan. Penyerapan perkataan Arab yang mempunyai bentuk visual yang hampir sama dengan taasub ialah taaruf dan taakul. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
Apakah istilah dalam bahasa melayu untuk sesi ice breaking? | Setakat ini tiada istilah dalam bahasa Melayu bagi kata "ice breaking". Walau bagaimanapun, dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, frasa "breaking the ice" membawa maksud "menghilangkan rasa kekok". Padanan yang sesuai dapat juga diberikan mengikut konteks. Misalnya, dalam konteks mesyuarat, sesi ice breaking ini lebih sesuai disebut sebagai sesi taaruf. | Istilah | 25.09.2013 |