Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak berlaku curang, jujur, setia: Khalid ~ di bawah perintah ketua baru itu;ketaatsetiaan keadaan (tahap) taat setia: diskriminasi spt ini mempertikaikan ~ mereka sbg individu dan sbg kelompok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak berlaku curang; jujur dan setia: Aku bertuah mendapat isteri yg ~ sptmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taat (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan setia, patuh, akur, takwa, tawaduk, taslim, salih, pasrah, tunduk, tunak, patih;,
Kata Terbitan : mentaati, ketaatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI"

Saudara,

Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll);

Makna perkataan sejati:  asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna01.12.2009
apakah maksud bumi dipijak langit dijunjungBumi dipijak langit dijunjung bermaksud di mana kita berada (tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan  akur terhadap peraturan atau undang-undang / perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan tempat  tersebut.Makna15.03.2008
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih.

 

Saudara,

Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama.

watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat  Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman  Bujang Selamat  adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman.  Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya.  

Sekian, terima kasih.

Sastera15.09.2011
taat kepada Tuhan dan raja.adakah "taat " hanya digunakan untuk Tuhan dan raja? Taat dan setia kepada ibu dan bapa,adakah ayat ini betul? sayang akan/kepada anaknya? seorang orang tua / seorang tua? sepohon / sebatang pokok?Kesemuanya boleh digunakanTatabahasa16.10.2007
Penggunaa perkataan bahawa atau bahawasanya yang mana lebih tepat untuk dituliskan pada permulaan ayat.

Sdr Woon,

Dua contoh kata hubung komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:

   (1)  Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.

   Untuk makluman sdr, kata bahawa sinonim (kata yang sama atau hampir sama)  dengan kata bahawasanya, sesungguhnya, dan sebenarnya. Oleh hal yang demikian, sdr boleh menggunakannya kata hubung ini dalam pembinaan sesuatu ayat. Walau bagaimanapun, kata bahawa jarang-jarang digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam laras undang-undang. Contohnya dalam ikrar majlis rasmi: Bahawasanya kami berjanji akan taat setia kepada raja dan negara.

Tatabahasa21.03.2009

Kembali ke atas