Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bah] | تابه

Definisi : ® tebah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bah] | تابه

Definisi : = ~ hati tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai keja­yaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ mene­ri­ma cabaran dan dugaan hidup; telah di­rasai­nya miskin dan sengsara, hina dan me­larat, semua telah dilaluinya dgn ~; bertabah = ~ hati bersikap tabah, berhati cekal; menabahkan = ~ hati menjadikan tabah hati, memberanikan (hati), menetapkan hati; ketabahan = ~ hati perihal tabah, kebe­ranian, kecekalan hati, keteguhan hati: dgn ~ dan keberanian Nabi maka orang Islam telah dapat mencapai kemenangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bah] | تابه

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), berombong, tentulang, Timonius penduncularis; 2. sj tumbuhan (pokok), beras-beras, berombong, merombong, Timonius walichianus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bah] | تابه

Definisi : , = ~ hati berani menghadapi bahaya dll; tidak gentar; cekal hati. menabahkan, = ~ hati menjadikan tabah (hati); memberanikan (hati); mencekalkan hati. ketabahan, = ~ hati sifat atau keadaan tabah; keberanian; kecekalan hati: Berkat ~nya, dia telah berjaya dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabah
Kata Terbitan : tabah hati, menabahkan, menabahkan hati, ketabahan, ketabahan hati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut betul dan jika salah sila nyatakan alasannya dan ayat yang betul. 1. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak-kanaka autistik ini dan mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah. 2. Ini sering menyebabkan... 3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan. 4.Dari seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga-keluarga profesional. 5. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Sdr. de miraz, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

berikut diberikan ayat yang telah dibaiki untuk perhatian Sdr.

 1. Ahli keluarga perlu tabah dan sabar menghadapi kanak-kanak autistik ini. Mereka perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi menghadapi masalah seperti ini. Oleh sebab  banyak perhatian perlu diberikan kepada kanak-kanak seperti ini ia mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga sendiri anak sepenuh masa di rumah.  2. Ini sering menyebabkan...  3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan.  4.Daripada  seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisme boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak daripada semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi, walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisme sering terdapat dalam kalangan keluarga-keluarga profesional.  5. Autisme ialah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan kanak-kanak yang menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering dijalankan tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses diagnosis.

 

Tatabahasa24.02.2009
Salam Sejahtera, Saya ada tiga soalan untuk bertanya. (1) Kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai hal ini. (2) Saya menghadapi tamparan itu dengan hati yang tabah. (3) Jurulatih bola sepak itu menerima tamparan hebat akibat kekalahan teruk pasukan bimbingannya. Adakah ayat-ayat ini betul ?

(1) Kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai hal ini. - ayat ini salah, yang betul ialah ... mengenai hal itu.

(2) Saya menghadapi tamparan itu dengan hati yang tabah. - salah, kata tamparan tidak boleh menjadi subjek dalam ayat ini, kata lain yang lebih sesuai adalah seperti masalah ini ataupun rintangan ini

(3) Jurulatih bola sepak itu menerima tamparan hebat akibat kekalahan teruk pasukan bimbingannya. - betul

Tatabahasa11.05.2011
Pelancong asing itu kagum melihat "kesabaran" wanita Melayu yang masih mengekalkan adat ketimuran walaupun dunia semakin maju. "kesabaran" adalah salah diguna. Apakah perkataan yang sesuai diguna di sini? keteguhan? kecekalan? ... terima kasih.Cekal dan teguh (hati) kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu tabah dan boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.Tatabahasa12.08.2013
saya ingin meneruskan pengajian di ipta..permohonan saya ditolak..saya mengharapkan bantuan...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas semangat dan keinginan saudara untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saudara perlu sentiasa beringat bahawa bukannya mudah untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Tabah menghadapi kegagalah kerana kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran. Oleh itu jika saudara gagal untuk mendapat tempat di IPTA jangan putus asa, cari jalan penyelesaian yang lain seperti mendapatkan tempat di IPTS yang penting matlamat untuk saudara menyambung pelajaran dan memperoleh kejayaan akan tercapai di suatu hari nanti insyaallah.

Sekian selamat belajar dan selamat memperoleh kejayaan yang cemerlang

Lain-lain11.05.2010
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi.

Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat  Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa24.03.2011
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan.

1. JELUTUNG -  tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.

2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa16.04.2008

Kembali ke atas