Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj beduk atau tabuh yg dipalu ketika raja dinobatkan, nobat; 2. majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja: setelah sudah ~ maka menteri hulu­balang sekaliannya menjunjung duli; bertabal = naik ~ naik takhta kerajaan: orang besar-besar menjunjung duli pd hari ~; menabalkan 1. merasmikan (mengumum­kan) menjadi raja, menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan: maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu; pertabalan perihal bertabal; penabalan perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah sekalian menteri dan rak­yat menyediakan pancapersada dan ber­bagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beduk atau tabuh yg dipalu ketika merasmikan penobatan raja; nobat: memalu ~. bertabal, = naik ~ menaiki takhta kerajaan. menabalkan merasmikan menjadi raja; menobatkan: Dlm tahun 1865, Raja Ali telah ditabalkan menjadi Sultan Perak. pertabalan perbuatan atau hal bertabal. penabalan perbuatan menabalkan; penobatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabal (kata nama)
Bersinonim dengan nobat, tabuh, beduk;,
Kata Terbitan : menabalkan, penabalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya. Entri 'ditabal @ ditabalkan' (kata dasar = tabal) tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mahupun PRPM. Adakah ini bermaksud perkataan itu salah dan tidak boleh digunakan? Dan jika boleh digunakan, yang manakah adalah betul antara kedua-duanya? Terima kasih.Perkataan "ditabalkan" memang tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tetapi kata tersebut betul dan boleh digunakan.Lain-lain03.05.2013

Kembali ke atas