Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tab.lét] | تبليت

Definisi : (tablét) ubat yg berbiji-biji, pil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tablet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tablettablet/pilIstilah11.01.2011
tablet berdiam diritablet tidak bertindakTatabahasa18.09.2008
Penggunaa istilah tablet adalah termasuk dalam kumpulan peranti mudah alih ATAU aplikasi mudah alih ATAU perkakasan mudah alih....Antara ketiga kumpulan ini, yang mana kategori tablet komputerPerkataan "peralatan mudah alih" atau "alikasi mudah alih" atau "peranti mudah alih" dalam bahasa Inggeris ialah "mobile application". Perkataan "tablet komputer" masih digunakan sebagai "tablet komputer".Istilah27.10.2014
Salam sejahtera. Apakah istilah BM bagi: 1 iPad 2 tablet computer"Ipad" dipinjam dan dikekalkan ejaannya. Manakala perkataan "tablet computer" pula dipadankan susunannya dalam bahasa Melayu sebagai "komputer tablet".Makna25.02.2020
Esther Xiaoying 18HB JULAI 12.52 PTG Selamat tengahari. Apakah kata nama bagi tablet (Ipad / samsung tab) dalam bahasa malaysia!Salam Sejahtera Puan Esther Xiaoping. Dalam bahasa Melayu, kita mengekalkan perkataan tablet sebagai padanan untuk bahasa Inggeris “tablet”. Sekian. Terima kasih.Istilah18.07.2017
Salam, Dalam tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "highlight the text" ? Terima kasih.Salam Sejahtera. Cadangan terjemahan "highlight the text" ialah "penegasan teks".Penyemakan dan penterjemahan03.11.2015
Salam, Dalam tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "tapping and holding the sentence to copy" ? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "tapping and holding" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk ayat yang diberikan ialah sentuh seketika ayat tersebut untuk menyalin.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2015
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "writing tablet"? Mungkin benda ini diperbuat daripada tanah liat atau kayu. Bolehkah menggunakan "batu tulis" walaupun merujuk kepada bahan yang diperbuat daripada kayu? Ini terdapat dalam tulisan purba. Terima kasih atas panduan.Padanan "Writing tablet" tidak ada dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang saudara berikan "writing tablet" ini hampir sama dengan Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai ukiran/tulisan padanya yang membuktikan sejarah kedatangan Islam ke Terengganu pada zaman dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan padanan "writing tablet" dalam bahasa Melayu ialah kayu bersurat atau tanah bersurat, rujuk kepada jenis material tersebut sama ada kayu atau tanah. Istilah20.06.2011
Apakah kata nama bagi tablet (Ipad / samsung tab) dalam bahasa malaysia?Tablet dalam konteks yang dinyatakan dipinjam dan dikekalkan ejaannya.Penyemakan dan penterjemahan19.07.2017
Salam, Dalam aplikasi tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi : a) placeholder b) Placeholder image c) Ground/Sky color d) Fetching Chapter e) There may be a slight jiggering effect. therefore only enable this feature if you are targeting older devices. f) Can't load nodes g) Remove from Favorites Terima kasih.Cadangan terjemahan kami ialah.
(a) Sandaran
(b) Imej sandaran
(c) Warna alam
(d) Pengambilan bab
(e) Kemungkinan terdapat sedikit kesan kejorongan, maka perlu menggunakan peranti lain
(f) Tidak boleh muat nod
(g) Sisihkan daripada Carian
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2015
12

Kembali ke atas