Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tab.ligh] | تبليغ

Definisi : Ar 1. perbuatan menyampaikan perin­tah Allah kpd yg tidak mengetahui atau mem­beri peringatan kpd yg mengetahui; 2. sifat wajib yg ketiga bagi Rasulullah SAW; bertabligh menyampaikan ajaran Islam; mentablighkan menyiarkan ajaran agama Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tab.ligh] | تبليغ

Definisi : penyampaian atau penyiaran ajaran Islam. bertabligh menyiarkan ajaran Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tabligh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa 'takrif' menerima imbuhan men- menjadi 'mentakrifkan' dan bukan 'menakrifkan'?

Perkataan takrif merupakan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t. Imbuhan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s dan perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.

Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah:

Tabligh – mentablighkan

Tadbir – mentadbirkan

Tafsir – mentafsirkan

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 153-154

Tatabahasa03.09.2022

Kembali ke atas