Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tab.lo] | تبلو

Definisi : 1. sj lakonan pentas yg menggambarkan sesuatu peristiwa atau kejadian (para pelakon­nya tidak bergerak); 2. lakonan pentas yg pelakon-pelakonnya tidak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tab.lo] | تبلو

Definisi : lakonan pentas yg menunjukkan sesuatu peristiwa tetapi pelakon-pe­lakon­nya tidak bergerak atau tidak bercakap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tablo


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan terutamanya?

Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2490, perkataan “terutama” merupakan kata adjektif terbitan yang bermaksud paling utama; mula-mula sekali; lebih baik; lebih-lebih lagi.

Dalam penulisan, perkataan “terutama” digunakan sebagai penanda wacana, iaitu unsur yang menghubungkan atau mengaitkan pelbagai entiti dalam sesuatu wacana. Perkataan “terutama” atau “terutamanya” digunakan untuk menjelaskan atau menekankan tentang suatu hal atau aspek yang memiliki tingkat penting atau keutamaan yang lebih tinggi daripada yang lain dalam suatu konteks tertentu pada ayat.

Oleh yang demikian, perkataan “terutamanya” digunakan pada bahagian tengah ayat dan tidak digunakan pada awal ayat. Contoh ayat:

  1. Coklat merupakan manisan yang disukai ramai terutama kanak-kanak.
  2. Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama.

Untuk maklumat lanjut berkenaan contoh penggunaan perkataan “terutama” atau “terutamanya”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP melalui https://prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa03.10.2024

Kembali ke atas