MOHON BANTUAN DARI SEGI AYAT DI BAWAH. 'PERATUSAN TABURAN" ATAU "TABURAN PERATUSAN | Yang betul ialah peratusan taburan. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Tuan.. apakah perkataan paling tepat untuk ayat di bawah Bilangan Pelajar Mengikut Kaum @ Bilangan Pelajar Mengikut bangsa taburan data untuk ketiga-tiga bangsa atau kaum ( Melayu, Cina India) | jawapan yang betul ialah Bilangan Pelajar Mengikut bangsa taburan data untuk ketiga-tiga bangsa atau kaum (Melayu, Cina India) | Istilah | 19.04.2011 |
Apakah padanan bagi sprinkles dalam Bahasa Melayu? Taburan rasanya tidak begitu tepat. Selalunya sprinkles ini untuk membuat kek dan dijadikan sebagai hias atas bagi kek. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "sprinkle" bermaksud menabur atau merenjis. Dalam konteks yang dinyatakan, padanan perkataan yang sesuai untuk "sprinkles" ialah taburan berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua yang bermaksud sesuatu yang bertabur atau yang ditabur. | Makna | 28.03.2019 |
distribution | 1)taburan 2)agihan 3)penyebaran 4)pengedaran | Istilah | 01.04.2011 |
Apa maksud DEMOGRAFI respondan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm tempoh waktu tertentu: faktor ~ menyebabkan orang lambat-laun berusaha memperoleh kerja. | Makna | 31.05.2010 |
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah. | Tuan, Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.07.2017 |