Cadangan nama tadika 1. Tadika Dai Cilik 2. Tadika Dai Pintar 3. Tadika Dai Cerdik 4. Tadika Daie Cilik | Ejaan yang betul ialah "dai", Tadika Dai Cilik, Tadika Dai Pintar, Tadika Dai Cerdik boleh digunakan. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Cadangan nama tadika: 1. Tadika Daie Cilik 2. Tadika Dai Pintar 3. Tadika Dai Montessori | Cadangan nama yang betul ialah - 2. Tadika Dai Pintar 3. Tadika Dai Montessori. | Tatabahasa | 02.11.2015 |
Assalamualaikum..Sy cikgu Ana dari Tadika Bandar baru ampang..ingin penjelasan tentang nama tadika yang telah sy daftarkan..adakah boleh nama tadika yg sy daftarkan dalam bahasa Arab sekarang..? Nama Tadika : Tadika Dee Tadris Makna : Dee - Di : Tadris - Pengajian | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan penggunaan nama sesuatu organisasi/institusi yang menggabungkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. | Lain-lain | 14.03.2020 |
Kami ingin menggunakan nama yang disenaraikan dibawah sebagai nama perniagaan untuk tadika kami. 1. Tadika Cahaya Mata Eden 2. Tadika Suci Eden 3. Tadika Eden Didikan Kanak Sila maklumkan jika pilihan nama tersebut mematuhi pengunaan istilah Bahasa Malaysia sepertimana di maklumkan di dalam lampiran yang di muat naik dengan pertanyaan ini. Sekia, terima kasih. | Cadangan nama "Tadika Cahaya Mata" dan "Tadika Suci" menepati struktur tatabahasa bahasa Melayu. Perkataan Eden tidak terdapat dapat Kamus bahasa Melayu dan sekiranya nama tersebut merupakan nama atau empunya tadika, hendaklah dinyatakan. | Tatabahasa | 20.05.2014 |
Soalan : Kami ingin menggunakan nama yang disenaraikan dibawah sebagai nama perniagaan untuk tadika kami. 1. Tadika Cahaya Mata 2. Tadika Pertiwi Nurani 3. Tadika Daya Budi Sila maklumkan jika pilihan nama tersebut mematuhi pengunaan istilah Bahasa Malaysia sepertimana di maklumkan di dalam lampiran yang di muat naik dengan pertanyaan ini. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, ketiga-tiga nama adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 05.06.2014 |
Salam, Apakah nama bagi jawatan orang yang menjadi ketua dalam sebuah tadika seumpama guru besar di sekolah rendah? | Tiada penggunaan yang standard bagi jawatan ketua guru di sekolah tadika. Di sekolah tadika kerajaan (Tadika Kemas), Penyelia yang menyelia perlaksanaan sekolah dan menjadi ketua sekolah tersebut. Di sekolah tadika swasta lazimnya jawatan principal digunakan dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu ialah pengetua. Hal ini tidak selari dengan sistem persekolahan kita kerana pengetua ialah ketua guru di sekolah menengah. | Istilah | 24.05.2012 |
Nama Tadika ialah Tadika Montessori Pintar, Bolih tak? | BOLEH | Lain-lain | 09.09.2015 |
Tadika Arena Genius For Enquiry please contact this no. Admission open -Pre school -Day care -Transit -Reading Al-Quran Enroll Now!!! | Mohon tuan menggunakan permohonan Khidmat Pengesahan Bahasa bagi pengesahan iklan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 09.12.2014 |
Saya ingin mendaftarkan nama tadika saya dengan nama intelligen aulad. Adakah ini bahasa melayu yang dibenarkan? Kerana saya dapati ada tadika lain yang menggunakan perkataan inteligen dan aulad di papan tanda tadika mereka malah di promosi kain rentang yang berlesen. Terima Kasih | Untuk makluman perkataan "intelligen" dan "aulad" tidak ada dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk intelligent ialah cerdas, pintar dan cerdik. Aulad pula merupakan perkataan bahasa Arab. Oleh itu, kami berharap tuan menggunakan bahasa Melayu untuk papan tanda tadika tersebut. | Istilah | 11.06.2012 |
Saya ingin memohon Lesen Tadika. Pihak berkenaan hendaklah saya memberikan rasional pilihan nama " Tadika Cendana Jaya", dan hendaklah berkenaan dengan perkembangan murid murid di tadika saya. | Cendana ialah nama sejenis tumbuhan atau pokok dan nama ini tidak pernah dikaitkan dengan ilmu atau pendidikan. Kami cadangkan puan menggunakan nama lain yang sinonim atau sering dikaitkan dengan ilmu dan kanak-kanak seperti Bestari, Berjaya, Cerdik, Ceria, Cemerlang, Tunas Bestari dan sebagainya. | Tatabahasa | 01.11.2010 |