Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (taé kwan do) sj seni mem­per­tahankan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /taé kwan do/ sj seni mem­pertahankan diri (berasal dr Korea). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tae kwan do


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan tajuk buku "Betulkan Tatabahasa" hasil penulisan Tan Wee Chien terbitan SAP Publications, pembetulan ejaan untuk taekwando ialan tae kwan do. mohon penjelasan.Ejaan yang betul ialah tae kwan do, untuk maklumat lanjut klik tae+kwan+do">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tae+kwan+do.Ejaan20.01.2015
Adakah perkataan tae kwan do kata nama khas?Tae kwan do merupakan kata nama am.Lain-lain28.08.2019
perkataan taekwon-do adalah nama khas yang telh ditetapkan diseluruh dunia.. tetapi bila nak buat banner untuk kelulusan DBP perkataan taekwon-do terpakda ditukar kepada tae kwan do..... memalukan kerana perkataan taekwon-do tak sepatutnya ditukarkan ejaannya...Untuk makluman tuan, ejaan “tae kwan do” terakam dalam pangkalan data DBP sebagai pinjaman daripada sumber sekunder bahasa Inggeris Amerika, walaupun kata tersebut berasal dari Korea. Kata tersebut terakam dengan ejaan  “tae kwan do”  mengambil ketetapan ejaan bahasa Inggeris Amerika yang menggunakan ejaan “tae kwan do”.  Ke arah penyelarasan ejaan kata pinjaman daripada sumber sekunder, DBP akan memantapkan pedoman ejaan pinjaman kata asing (selain bahasa Inggeris) di samping mengambil kira pendapat pakar bidang seperti tuan. Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang tuan utarakan.Ejaan04.04.2019
1. dolak-dalik atau dolak-dalih ? 2. mertua atau mentua ? 3. ucaptama atau ucap utama ? 4. agama atau ugama ? 5. taekwando atau tae kwan do ?Ejaan yang betul ialah dolak-dalik, mentua, agama dan tae kwan do. Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan.Lain-lain31.01.2010
Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang?Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut:
(fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang).
Tatabahasa19.04.2013
teak wador/ scua drivingtae kwan do/ selam skubaLain-lain05.04.2007
ejaan yang betul bagi seni pertahanan diri tek kwan do @ taek kwan do @ taekwando?Ejaan yang tepat ialah  tae kwan do.Ejaan22.12.2010

Kembali ke atas