Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taf.si.ran] | تفسيرن

Definisi : 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.si.ran] | تفسيرن

Definisi : keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.si.ran] | تفسيرن

Definisi : penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah tafsiran yang tepat 'Pekeliling Perkhidmatan'.Pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Pekeliling perkhidmatan sama dengan Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling.Tatabahasa15.04.2013
Apakah tafsiran tentang golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu?Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria morfem,kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras fdengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa dan ayat. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, bab 5, halaman 81.   Tatabahasa22.09.2008
tafsiran kita pada sesuatu perkara / tafsiran kita kepada sesuatu perkaraPada - menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kepada - untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan sebagainya. Kedua-dua kata sendi tersebut tidak gramatis untuk frasa tersebut. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265-284.Tatabahasa20.10.2011
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"?Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. Makna02.05.2008
Mohon pihak tuan untuk buat semakan tafsiran dalam lampiran fail. Terima kasihLihat Lampiran.Tatabahasa08.01.2013
Berikan maksud interprestasi dalam bahasa melayuEjaan yang betul ialah interpretasi dan maknanya ialah tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna05.12.2008
Merujuk kepada Buku Teks Sains Darjah 5 halaman 11 ISBN 983-62-8859-7, saya mendapati kekeliruan tafsiran istilah antara 'chicken pox' dengan 'measles'. Sepanjang pembelajaran saya, 'chicken pox' ialah demam campak manakala measles ialah 'cacar air' dan sebaliknya yang diterbitkan di dalam buku tersebut. Kedua-duanya berpunca daripada virus yang berbeza. Harap Tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.

Merujuk soalan anda, kedua-dua istilah berkenaan, iaitu chicken pox - cacar dan measles - campak adalah tepat dengan merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Malah penggunaan perkataan ini juga diguna pakai dalam laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, kementerian Kesihatan Malaysia. Anda boleh merujuk laman web ini. sekian terima kasih.

chicken pox: http//www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php

measles: http//www.infosihat.gov.my/media/bahanPameran/Pam%20Imunisasi/PDF/Pos_Imum_29.pdf

Lain-lain11.04.2011
APAKAH MAKSUD INTERPRETASI? SERTAKAN CONTOH AYAT BAGI MENAMBAHKAN KEFAHHAMAN.

interpretasi - (interprétasi) tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu): berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap peristiwa tersebut;

Contoh: Selama kita berpegang pada hakikat ini, selama itu pula kita tidak mungkin memberikan interpretasi baru terhadap karya sastera lama kita;

Makna19.06.2009
Maksud Interprestasi MuzikPerkataan interprestasi tidak adala dalam pangkalan data kami, yang ada ialah interpretasi. Frasa interpretasi muzik bermaksud  tafsiran atau penjelasan tentang makna, tujuan, implikasi dan sebagainya tentang muzik.Makna25.10.2011
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan makna dan definisi dari segi bahasa yang tepat makna perkataan KURSUS. Ini adalah kerana saya terlibat dalam pengajaran dewasa dan koperator bertanyakan kepada saya maksud yang betul perkataan KURSUS ini. Ini juga kerana ada tafsiran yang menyatakan kursus termasuk seminar, bengkel dan sebagainya .. jadi saya nak tahu apakah perbezaan maksud yang membezakan kursus, seminar, bengkel dan sebagainya. Ini adalah penting kerana koperator ingin meletakkan maksud ini ke dalam tafsiran Undang-undang Kecil koperasi mereka. kerjasama diucapkan ribuan terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna:

Kursus -  pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran.

Seminar - perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan kaum wanita.

Bengkel - mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/ dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".      

Istilah09.07.2010
123

Kembali ke atas